Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Secebis kisah Natrah

Published by yantie under , on 11:49 AM

Pada Jumaat lepas (15/1/2010) jalan-jalan ke Jalan TAR dan sekitar sekadar nak lepaskan perasaan yang dah lama teringin nak jalan-jalan macam zaman bujang dulu. Di Jalan TAR singgah di kedai buku Pustaka Mukmin. Berhajat sangat nak miliki buku Natrah yang dikeluarkan oleh UTM hasil kajian terperinci oleh Fatini Yaacob (Datin dah rasanya). Cari-cari memang ada. Beli satu RM75. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra ni dah dibaca waktu sekolah dulu. Rasanya waktu sekolah menengah. Buku ni diperkenalkan oleh Abang Mi. Ingat lagi dia pesan: “Jaga molek buku ni, sayang ni”..mungkin sayang maksud dia tu supaya jaga elok-elok untuk tatapan di masa hadapan. Seingat aku buku ni (seperti gambar 1) agak usang (kulit dah agak lunyai, kertas warna kuning) hasil karya Haja Maideen..tak pasti dari mana Abang Mi dapat, mungkin dari Arwah Ayah Teh. Buku ni telah menarik perhatian aku tentang isu Natrah, cuma waktu tu internet tiada untuk tahu lebih lanjut cuma harapkan majalah aja..pernah terbaca (lupa dari majalah atau buku) yang menyatakan Che Aminah adalah orang gaji pada keluarga Natrah semasa di Bandung..fitnah sungguh, Che Aminah adalah bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an) beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Berbalik pada buku ni, terakhir balik kampung aku cari semula buku ni, tapi tak tau dalam simpanan siapa. Aku rasa Abang Mi simpan. Berbeza dengan buku terbitan UTM ini (gambar 2) yang lebih terperinci. Ada keratan-keratan akhbar sekitar kisah Natrah dan gambar-gambar yang terdahulu hingga yang terkini bulan 8 2009 sebelum Natrah meninggal.

1: Buku lama dari Haja Maideen

2: Buku baru dari Fatini Yaacob

Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah..hebatkan!!). Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh. Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah..kesian Che Aminah..kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan…

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che Aminah…daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain)..dan..Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah..dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu..

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Biasanya ada yang akan komen, “tu la kawin sangat dengan orang luar”..apa lah nasib anak tu nanti..mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah..macam mana?..(aku menulis entri ini dengan rasa sayu dan insaf)

p/s: aku tak boleh buat kerja lain selagi tak habis baca buku ni…malam tadi masa tidur terasa berada dalam zaman Natrah…buku ni wajib dijaga untuk bacaan akan datang..aku kategorikan buku ni “wajib ada”..

How do we feel?

Published by yantie under on 2:13 PM
A picture tells a thousands story....the picture was taken on 1993 by photojournalist..he won Pulitzer prize for this picture..the kid was crawling to get some food..suffer enough..how do we feel? (a brief explanation regarding this story is here)

p/s: this is might be a very long time story..but how many of us still remember it?, don't be selfish because we are in comfort environment..may Allah bless the kid and all the kids, people who are starving out there...amin

Belum Sebat

Published by yantie under on 10:02 AM
Pagi-pagi masuk lab, rakan satu lab mengeluarkan isu Kartika yang belum di sebat. Bukan salah Kartika, tapi ramai sangat yang berlagak mereka lebih ilmu agama dari hakim mahkamah syariah yang telah menjatuhkan hukuman dan sedang bermain kata-kata untuk menyekat hukuman dilaksanakan. SIS lah, JAG lah dan tak ketinggalan ada yang menjadi pemimpin pun berusaha menyekat hukuman ini. Mungkin bagi mereka isu arak adalah hak individu, bukan jenayah. Kenapa mereka terlalu tidak setuju dengan hukuman ini? Aku yang cetek ilmu agama telah diajar bahawa arak adalah punca segala kejahatan dan memang wajib dibendung. Kesian juga dengan Kartika, dia menjadi bahan kontroversi oleh pihak yang pada aku sebenarnya mempertahankan diri sendiri. Mungkin Kartika telah insaf, semoga keinsafan dia kekal.

Dulu pernah sekali pelajar aku (waktu kerja dengan MARA) di tangkap memiliki arak di dalam bilik asrama. Bila ditangkap, pelajar tersebut mengaku dia selalu beli arak setiap kali keluar ke bandar. Setelah dinasihati oleh ustaz, budak ini dengan angkuh menyatakan: "My mom said it's okay to drink arak"...mengeluh..

Gambar di atas adalah ketika menghadiri satu pesta di Dalian, China. Aku sangkakan pesta macam pesta bunga api, rupa-rupanya pesta arak. Ada banyak booth, semuanya mempromosikan arak masing-masing. Membazir duitku sebanyak RMB30 (kot, lupa dah). 2 orang profesor dalam gambar (dari UK dan USA) mengekspresikan wajah mereka dengan kelat, sebab mereka kata ini sudah terlebih moden. Tempat mereka tak ada macam ini. Profesor dari USA tu cakap, bahaya untuk minda kanak-kanak (sebab kanak-kanak pun ada datang). Aku sangkakan mereka akan minum sama, rupa-rupa mereka yang ajak kami balik awal. Seorang lagi profesor yang tersengih tu dari Jepun. Dia pilih untuk minum, dan esoknya dia bagitau dia minum sampai pagi....gambar di bawah pula wanita-wanita genit digunakan untuk menarik perhatian peminum-peminum dengan gaya ala-ala tarian bogel..(gambar tak clear sebab maksiat sgt kot..)


Boleh lihat di blog Saiful Islam, dasatnya manusia menyukai arak..rupa-rupa Irish bangsa yang senonim dengan arak..ku sangka bangsa lain...

Rakyat Mulai Panik

Published by yantie under on 1:54 PM
Ramainya orang menunggu utk saringan H1N1 di Hospital Sungai Buloh...panik semua orang..ye lah dah 14 kematian...H1N1 ni akan merebak jika pesakit H1N1 batuk, bersih or bercakap tanpa ada penutup..sebab virus merebak melalui titisan air liur...kita ambil langkah berjaga-jaga ye..elakkan tempat yg sesak2...bykkan minum air masak...bg anak-anak kecil, selalu bagi minum air dan basuhkan tangan diorang tu..semoga kita semua terlindung daripada penyakit berjangkit ni, amin...

Mampukah Fokus?

Published by yantie under , , on 2:45 PM
Pada firasat aku, dalam apa jua perkara kita lakukan perlu fokus. Samada belajar, memasak, bersukan, bekerja hatta menonton televisyen. Kalau fokus tiada dalam belajar, sia-sia masa diperuntukkan; contohnya ketiadaan fokus aku ketika membaca paper menyebabkan aku terpaksa ulang membacanya sekali lagi. Kalau fokus tiada dalam memasak, boleh hangit masakan dan hasilnya tidak sedddaaaappp. Kalau fokus tiada dalam bersukan, boleh cedera (terlebih sudah!). Kalau fokus tiada semasa bekerja, menyebabkan selalu memberi alasan tidak cukup masa, sedangkan kita ada 8 jam sehari untuk bekerja (yang wajib). Kalau fokus tiada ketika menonton televisyen, tiada pengajaran diperolehi.

Fokus boleh dibuat mengikut peringkat, 1-Seumur Hidup, 2-Tahunan, 3-Bulanan, 4-Sehari-harian. Sebelum membuat fokus, perlu letakkan matlamat apa untuk difokuskan barulah fokus. Sekarang matlamat aku adalah untuk membuat Literature Review. Jadi fokus aku perlu dibuat mengikut harian dalam usaha mencapai matlamat itu.

Namun sebagai manusia biasa yang kononnya terlalu banyak perkara nak diuruskan, komitmen yang padu tidak mampu diberikan untuk perkara FOKUS. Aku senaraikan perkara-perkara yang mengganggu fokus aku:
  1. Urusan rumahtangga (mcm besar je kan...sebenarnya simple je..saja bagi alasan..:P)
  2. Facebook (adeiii...kenapa la aku menjebakkan diri ku)
  3. Forum (dah terbiasa sejak dari zaman belajar)
  4. Membeli belah (entah la)
  5. Otak suka menerawang pada perkara-perkara lain
Bukan salah FB, bukan salah Forum, bukan salah rumahtangga, bukan salah nafsu membeli belah, bukan salah otak..tapi salah sendiri...jika kita hendak fokus pada matlamat, kita tidak bolah menjadi multitask, elakkan gangguan entiti asing dan perlu bersedia siapkan perkara dalam sesi yang kita peruntukkan..aku perasan, aku dah terbiasa sangat dengan multitask..tengah buat satu kerja, tiba-tiba nak setelkan kerja lain..hmmm

Aku rasa aku perlu membuat anjakan paradigma...lepas anjakan ini, mampukah aku fokus?...

p/s: gambar atas tu ambik sendiri tu, masa belajar nak buat fokus..tak sharp sgt tapi sendiri punyeee..:D

Apa perkembangan dia?

Published by yantie under , on 1:09 PM
Kali ni nak karang tentang puteriku tersayang lagi, Syahirah. Selama 2-3 minggu sebelum ni, Syahirah ditinggalkan di kampung sementara aku uruskan hal-hal cuti belajar dan pindah rumah. Banyak laporan-laporan yang telah diberi setiap hari oleh Tok dan Ayah Ki pada aku sepanjang 2 minggu di kampung. Aku pun memang telefon setiap setengah jam rasanya. Beruntungnya Syahirah mendapat perhatian yang maksima kan...

Syahirah dah makin maju. Makin banyak perkembangannya. Apa perkembangan dia sepanjang di kampung dan sehingga sekarang? Lihat senarai di bawah (wah dah macam tesis pula):
  1. Sudah boleh ambil air sembahyang...(rugi aku tak dapat ambil gambar yang ni), tiap kali masuk bilik air dia mesti buat gaya ambil air sembahyang.
  2. Selimut diri sendiri dengan sempurna sampaikan Tok ingat Ayah Ki yang tolong selimutkan.
  3. Boleh ikut nyanyian "Ceria" sikit-sikit..."iyaaaa...."
  4. Pandai susun selipar atas rak..aku ingat peyo yang susunkan selipar, rupa-rupanya Syahirah..pandai anak mama..
  5. Menggigit makin kreatif, part ni paling tak tahan...sakiiiittt..
  6. Tiap kali jumpa sedara mara yang dia cam, mesti cium pipi..pandai amik hati btol..
  7. Hmm..lupa dah..
Masuk part lain sikit..tadi Nenny ada ckp kat aku, ada seorang ilmuan telah mengkategorikan golongan blogger ni sebagai berikut:
  1. Bercerita tentang diri sendiri - golongan BODOH
  2. Bercerita tentang orang lain - golongan OK
  3. Bercerita tentang ilmu - golongan BIJAK
Kalau ikutkan aku ada dlm semua kategori....hahahha..payah tu.
hmmm..aku dah ckp dengan Nenny, aku tak setuju dengan ilmuan tu...sbb bergantung la kepada matlamat blogger tersebut kenapa dia berblog...dan lagi satu siapakah dia untuk senang-senang kategorikan orang...adakah dia pembuat blogspot?..hihihihi...

Usai Sudah...Perjalanan Baru Bermula

Published by yantie under , on 5:24 PM
Pagi ni, 26/6/2009 mendapat berita di TV3 menyatakan King of Pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia..dikhabarkan pada pagi Khamis (waktu di LA)...he passed away at 50..rasa sebak jugak..biasa kalau artis2 meninggal, aku tak kesah sgt..tp kali ni rasa mcm sedih sikit...maybe sebab dia ni byk lagu yang menusuk kalbu kot..org kata dia dah muslim, tapi takde formal proof..so couldn't believe the rumors...

Ok usai sudah kesah full of controversial by MJ, perjalanan baru dia di sana bermula..

Kesah aku menyelesaikan hal cuti belajar pun sudah selesai semalam (Khamis- 25/6/09)..penuh lelah..

Surat tawaran UMP, KPT dan perjanjian UMP, KPT aku dapat hari selasa (23/6/09) dari HR melalui Dekan..pagi2 lagi aku dah ambil semua dokumen...perjanjian UMP memerlukan 2 orang penjamin luar dari UMP...pukul 12.30pm aku balik rumah, amik sedikit keperluan terus ke KL sbb nak amik sign husband dan abang sebagai penjamin...sampai pukul 3.05pm (waktu ini tepat sbb mmg habit aku lihat waktu tepat2 bertolak dan tepat2 sampai)..dah dpt sign husband, ke rumah abang di hillpark..tidur sana...

Pagi esoknya (Rabu- 24/6/09) pukul 9.30am bertolak balik ke Kuantan..punya la bercelaru fikiran, boleh terlepas simpang ke Jalan Pahang dari Pantai Dalam tu...melilau sampai ke pudu..abih masa lama kat situ..so sampai ke Kuantan pukul 12.00pm..terus daratkan sign Ju as a saksi...isi2 perjanjian tu sampai lengkap...pukul 2.30pm ke Kuantan untuk matikan setem..ada 3 misi petang tu..satu medical checkup...singgah di Poliklinik Ar Razi...med checkup will only be completed tomorrow afternoon sebab darah perlu dihantar ke makmal utk proses...ok takpe la..misi ke dua ke LHDN..nak matikan setem..sampai sana pukul 4.00pm...kena beli setem dulu sbb mesin auto dah tutup pukul 3.30pm..dah setel situ...misi ke 3 ke CIMB untuk tanya status akaun..

Akaun CIMB dah ada 10 thn dulu..ntah ke mana dah hilang..diorg kata boleh buat baru, tp kena dtg esok..sbb sistem dah offline...ok lah, ambik form balik rumah nnt isi

Malamnya, setelkan perjanjian..check perjanjian dgn checklist yg diberi...alamak...tersalah isi la pulak..ada bhgn yg disuruh kosong aku dah isi...padan la aku mcm tak tau nak isi apa...tapi sebab dah terbiasa di ajar di UTM dulu (kekeke) 'selesaikan masalah anda sendiri' maka aku pun selesaikan sendiri yg mana aku tak tau tu..aku tiru perjanjian KPT untuk selesaikan yg aku tak tau nak isi tu...aku berdoa harap2 kesalahan aku tu just a minor mistake...

Esoknya pukul 8.30 ke CIMB Kuantan..tunggu bukak pukul 9.15am...PIC CIMB mintak form n IC...dia tgk IC aku dia kata ni rosak ni...sbb ada sikit alamat tak clear..pahtu mmg la cip pun rosak...aku tanya abih tu mcm mana...dia dgn penuh tegas tanpa kompromi suruh aku pergi buat IC dulu...hahahha..haruuuu...ahh malas lah layan...

Aku ke CIMB cawangan Beserah...kat sana diorg ckp cip takleh baca...and i admitted that..aku harap sgt dia tak suruh aku pergi buat IC..luckily, dia suruh balik ambil surat beranak...masa tu dah pukul 10.00am lebih...ye lah2..balik opis la amik...balik opis sebelum ke CIMB semula, aku setelkan surat serah tugas, hantar buku ke library, amik cop di ICT (sbb laptop dah lama hantar)...dah setel terus ke CIMB...kat sana lama la plak...sbbnya diorg mcm tak tau nak solve mcm mana kes aku yg dah ada akaun ni...tp at last accomplished...balik semula ke opis, on the way singgah di Poliklinik ambil med checkup..balik opis buat recheck once again...dlm pukul 3 igt nak pegi ke HR dah..sekali ada plak student baru nak tanya pasal Program Grafik...aku mmg excited sokmo jumpa student baru..tercakap lama la plak..pukul 4 baru ke HR...alhamdullillah the mistake before was a minor mistake..so not big deal...at last end up at 4.30pm...i decided to go home (trg) to take a rest before go to jb to be a student...my energy level extremely downed to almost 0 yesterday...

So usai sudah proses cuti belajar...my journey to belajar (not cuti ye) will begin soon...

Air Crash lagi

Published by yantie under on 2:48 PM
Bab air crash mmg selalu menarik perhatian aku..tu pasal aku suka tgk Air Crash Investigation. Yang paling gempar minggu ni Air France hilang mysteriously di lautan atlantik...hari isnin 1 jun 2009..masih diklasifikasi hilang...ada lebih kurang 200 penumpang dlm tu...



Ada satu episod dlm Air Crash Investigation yang paling aku igt kes kapal perang USA tersilap tembak Kapal Komersial Iran...masa tu perang teluk rasanya...sadis sungguh...sistem army dgn sistem komersial berbeza...(aku tak tau mcm mana bezanya)...USA detect kapal tu sebagai kapal perang...bagi warning pada kapal Iran tu, kapal Iran pulak tak terima warning tu...dlm adengan miss-communication tu, USA lancarkan peluru berpandu...kapal Iran meletup sekelip mata...semua meninggal...mayat bergelimpangan atas permukaan laut...

Siasat2, rupa2nya sistem army USA tu tak selari dgn sistem komersial...katanya yang baru diimpliment tu pasal kapal Iran tak terima isyarat...yg menyakit hati kapten USA tu siap dpt anugerah keberanian (sort of) atas keberanian membuat keputusan di saat genting...rakyat Iran teramat sedih sampai boikot terus USA...agaknya tu antara faktor Iran nyampah sgt dgn USA sampai skrg...sedikit je kesilapan, byk nyawa tergadai, ramai yang menderita, punah harapan..



Dulu masa nak ke Jepun, aku sampai agak fobia...sbb terpengaruh dgn Air Crash Investigation ni..sebelum naik flight ntah berapa kali aku mengucap..sepenuh hati atau spontan...kat atas sana plak setiap kali langgar awan or pilot bagitau cuaca buruk aku mesti genggam kerusi sambil mengucap..punya la takut, tapi ke China dah tak takut..hehehehe...tp kalau dah ditakdir mati, kat mana2 pun jadi kan..

Gempar: Stadium Sultan Mizan Runtuh!!

Published by yantie under , on 1:02 PM
Apsal ntah aku tak terkejut masa diberitahu member tadi bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh.. sebabnya masa dah siap last year, abg aku ada tunjuk gambar bumbung stadium ni tak smooth curvenya, die kata: "acu tgk ni, huduh sepang bumbung..dok smooth langsung"...kitorg ckp: "lama2 runtuh ni...", dan benarlah telahan kami..aku igt sikit je runtuh...tgk gambar hambik ngko banyak tu....panas le punggung sape2 yg terlibat ni...kekekeke...alhamdullillah takde kemalangan jiwa...berita lagi

raksasa tgh fire bumbung

runtuh doh hok comel2 stadium ni...huhuhuhu
semua gambar dari cari.com.my

Syukurlah ada kerja

Published by yantie under on 10:52 AM
Ekonomi merosot bawah -1%

Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0
peratus dan 1.0 peratus.
lagi...di sini

aku tak paham bahasa2 ekonomi ni...tp aku rasa kalau negatif tu maknanya teruk la kan...so ekonomi kita skrg mmg dlm keadaan teruk la tu...

bg yg ada kerja syukurlah...

agaknya ni la jugak penyebab tak boleh belajar luar negara ni...ye lah kalau pergi berkeluarga paling sikit perlukan setengah juta sethn utk sara hidup kat luar...hmmm...syukurlah

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Published by yantie under on 9:51 AM
Lawak la Malaysia ku tercinta ni....imam menyeru ke arah kebaikan pun kena pecat..(berita di sini) agaknya imam hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang telah disediakan shj..jangan tambah apa2...mcm lembu kena cucuk idung!

Janji Allah adalah Pasti

Published by yantie under on 5:54 PM
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud]

Kenapa Yahudi Bijak?..

Published by yantie under on 9:38 AM
Selain dari dah tertulis dalam Al-Quran, mereka ini kaum yang diberi banyak kelebihan berbanding yang lain, mungkin artikel dari seorang pengkaji di bawah ini juga menjadi satu daripada faktor kenapa Yahudi ni bijak..(aku ambil dari forum cari...panjang tapi sungguh menarik)

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Membuatkan aku rasa bersemangat nak lahirkan lagi ramai generasi Islam..nak meramaikan umat Islam, semoga menjadi bijak pandai untuk Islam...

Banyak amalan diorg ni yg disarankan oleh Nabi Muhammad SAW, tapi mungkin kita kurang amalkan...

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

Published by yantie under on 8:38 AM
Last week lagu ni di beri oleh officemate..tapi lupa nak download dan dengar...hajatnya nak buat semua tu this week..then pagi tadi on the way ke office, IKIM mainkan satu lagu...bestnya dengar..mcm lagu pop yg lain2 tapi rasa syahdu..masuk office, buka forum teringat pasal lagu yang last week...download dan dengar..ooo lagu yang dalam IKIM tadi..sedap telinga mendengar dan sungguh menusuk kalbu..

Lagu ni ditujukan untuk Palestine...difahamkan at the first place, pendengar yang ingin download dan dengar lagu ni perlu bayar (sebagai kutipan derma untuk Palestine) tapi sekarang free sbb ada technical complicated...so siapa2 yang dengar lagu ni boleh direct derma kepada UNRWA

Dengarkan lagu ni...hayati bait2 nya...




WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

3B: Berdoa, Berderma, Berboikot

Published by yantie under on 9:02 AM
Jom kawan-kawan yang budiman kita sumbangkan sedikit yang kita ada ke jalan Allah...semoga diberkati usaha ini...

Amalkan 3B: Berdoa, Berderma. Berboikot..


Derma ke:

1. NSTP Fund for GAZA

2. Islamic Relief Malaysia

____________________
Malam tadi tgk berita...sakit hati, geram, menyampah, meluat semua ada...penduduk yahudi keluar ke bukit2 dan kawasan2 tinggi untuk melihat serangan2 askar laknatullah terhadap penduduk Palestin...diorg bwk kamera, ada amik gambar dgn handset, mcm tgk pertunjukkan bunga api!!!..kurang ajarrrrrrrrrrr betuuuullllll....ada sorg tu bagi komen: “Ini membuktikan kepada dunia bahawa kami kuat dan akan menang”...Ya Allah sungguh angkuh mereka ini...sebijik perangai yang Al-Quran sebut dalam Surah Al-Israa’ Ayat 4 ”Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu; Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dgn melampau”...kalau lah ada kuasa rasanya time tu jugak aku nak bom sampai hancur diorg ni...

Kalau kat luar skrg dah byk juga kempen dilakukan untuk menunjukkan kita umat islam ambil peduli apa yang berlaku skrg...mmg sekarang diorg tengah berkuasa, sbb ekonomi, kekuasaan semua di pihak mereka..tapi tu tak bermakna kita hanya boleh berdiam diri...dlm Halaqah, Ustaz Badri bagitau kalau di Nigeria rasanya (x pasti sgt...) semua selebriti, artis2 hentikan segala aktiviti hiburan untuk merasai kesedihan saudara Islam kita...Ustaz Badri ckp artis kita juga patut tahan dulu kalau nak melompat-lompat, tak sesuai waktu ini...Ustaz ni mmg sinis sokmo..hehehhe...

Di Negara lain (x igt jugak Negara mana) tgh dlm usaha untuk mengheret Israel ke tribunal perang...so, kita di Malaysia apa lagi yang boleh buat?..banyak lagi...

  1. semua bloggers Malaysia kibarkan bendera Palestin di blog masing-masing, war-warkan fakta kebenaran Al-Aqsa biar dunia tahu umat Islam mengambil peduli apa yang berlaku..kita bukan duduk diam...
  2. kita boleh boikot produk diorg..igt boikot sampai bila2..mungkin kesan pada mereka tak berapa banyak tapi sekurang-kurangnya kita tidak bersubahat dgn mereka...mana yang boleh boikot kita boikot...
  3. derma kepada mangsa kezaliman Palestin, kita di sini mengalirkan air mata setiap kali mendengar berita kesedihan di sana, dan berdoa untuk mereka (itu lah selemah-lemah tindakan yang mampu kita lakukan)..tapi mereka kat sana hanya ada darah yang mengalir...mereka harapkan bantuan kita...

Kita buat yang terbaik....sementara Al-Aqsa masih kukuh, berusaha lah kita..bila dah runtuh tiada guna lagi...we do the best, let Allah do the rest...

Aku hanya mampu meluahkan rasa kesedihan terhadap Palestin di sini...hanya itu yang mampu..

Ya Allah, kami yakin akan janjimu untuk memusnahkan mereka apabila sampai masanya..

“Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang lakukan adalah untuk kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka terbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya), dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama, dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya” –Surah Al-Israa’ Ayat 7.

Pray For Palestine

Published by yantie under on 5:25 PM



Ya Allah, lindungi mereka di sana, amin.

berita lagi
gaza today: untold story