vaveee

Published by yantie under on 5:42 PM
---in the middle of maghrib--

syahirah: ma, vaveee
mama: ha?
syahirah: vaveeeeeeeeeee
mama:~ignore
syahirah:~try to put off her own diaper..
mama:~ooo vaveee == berak

clever girl, you know how to express something adult don't understand through your action..good one..could ease my job laaaa...

Secebis kisah Natrah

Published by yantie under , on 11:49 AM

Pada Jumaat lepas (15/1/2010) jalan-jalan ke Jalan TAR dan sekitar sekadar nak lepaskan perasaan yang dah lama teringin nak jalan-jalan macam zaman bujang dulu. Di Jalan TAR singgah di kedai buku Pustaka Mukmin. Berhajat sangat nak miliki buku Natrah yang dikeluarkan oleh UTM hasil kajian terperinci oleh Fatini Yaacob (Datin dah rasanya). Cari-cari memang ada. Beli satu RM75. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra ni dah dibaca waktu sekolah dulu. Rasanya waktu sekolah menengah. Buku ni diperkenalkan oleh Abang Mi. Ingat lagi dia pesan: “Jaga molek buku ni, sayang ni”..mungkin sayang maksud dia tu supaya jaga elok-elok untuk tatapan di masa hadapan. Seingat aku buku ni (seperti gambar 1) agak usang (kulit dah agak lunyai, kertas warna kuning) hasil karya Haja Maideen..tak pasti dari mana Abang Mi dapat, mungkin dari Arwah Ayah Teh. Buku ni telah menarik perhatian aku tentang isu Natrah, cuma waktu tu internet tiada untuk tahu lebih lanjut cuma harapkan majalah aja..pernah terbaca (lupa dari majalah atau buku) yang menyatakan Che Aminah adalah orang gaji pada keluarga Natrah semasa di Bandung..fitnah sungguh, Che Aminah adalah bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an) beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Berbalik pada buku ni, terakhir balik kampung aku cari semula buku ni, tapi tak tau dalam simpanan siapa. Aku rasa Abang Mi simpan. Berbeza dengan buku terbitan UTM ini (gambar 2) yang lebih terperinci. Ada keratan-keratan akhbar sekitar kisah Natrah dan gambar-gambar yang terdahulu hingga yang terkini bulan 8 2009 sebelum Natrah meninggal.

1: Buku lama dari Haja Maideen

2: Buku baru dari Fatini Yaacob

Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah..hebatkan!!). Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh. Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah..kesian Che Aminah..kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan…

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che Aminah…daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain)..dan..Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah..dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu..

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Biasanya ada yang akan komen, “tu la kawin sangat dengan orang luar”..apa lah nasib anak tu nanti..mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah..macam mana?..(aku menulis entri ini dengan rasa sayu dan insaf)

p/s: aku tak boleh buat kerja lain selagi tak habis baca buku ni…malam tadi masa tidur terasa berada dalam zaman Natrah…buku ni wajib dijaga untuk bacaan akan datang..aku kategorikan buku ni “wajib ada”..

Hanya Allah SWT yang mengetahui

Published by yantie under , , on 10:16 AM
Lama sungguh tidak kemaskini blog ini, masa 24 jam diberi bukan alasan untuk kata tidak ada masa, yang sebenarnya tak ada ilmu bermanfaat nak dikongsi dalam 2 bulan ni..kalau tentang Syahirah memang dah banyak perkembangan dia, dah pandai ikut arahan, dah boleh cakap sikit, dah pandai mengira one-ten, satu-sepuluh (tapi dalam bahasa dia..dua=duais, empat=ampais, sepuluh=pupuh)..hehehe..budak-budak biasalah

Sempena tahun baru yang baru menjelma, aku nak ucap juga selamat tahun baru (terlambat sikit)..tahun ni tak ada diari percuma dari UMP, sebelum masuk tahun baru, aku jalan-jalan di MPH hajat nak beli satu diari..aku bukan lah menulis diari macam apa dibuat hari ni dan sebagainya, diari ni digunakan hanya untuk rekod apa yang akan aku buat esoknya dan pada tarikh-tarikh tertentu..dengan harapan tidak lupa perkara penting, dan juga bayaran-bayaran hutang yang dibuat perlu dicatat di planner..wajib!!

Tahun ni aku beli satu diari Islamiah yang menarik perhatian aku sebab dalam tu ada beberapa nota disertakan contoh: Aurat dan Matlamat, Solat membezakan Islam dan Kafir, Yahudi pendatang di Tanah Arab dan paling aku suka ada carta keluarga Nabi Muhammad SAW..

Kali ni aku nak kongsi satu nota dari diari ni semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

Enam perkara yang Allah SWT sembunyikan:
1. Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Nak ulas panjang-panjang tak cukup ilmu. Cukuplah dulu sekadar kongsi nota ini.

p/s: Pesta Buku 2010 tak sampai 2 bulan saja lagi...aku dah senaraikan target..anda bagaimana?..hehehe