Membuat analisis

Published by yantie under , on 5:01 PM
Di dalam sesuatu kajian, membuat analisis adalah salah satu perkara yang utama dan kritikal. Melalui analisis kita akan perolehi masalah utama yang perlu diselesaikan dan seterusnya mencari suatu jalan atau cara penyelesaian yang terbaik. Proses ini sama seperti dalam membeli belah, contoh membeli fabrik untuk dibuat baju. Kita perlu membuat analisis terhadap fabrik yang ada. Analisis perlu dibuat berdasarkan beberapa aspek iaitu jenis fabrik, corak fabrik dan kesesuaian dengan si pemakai.

Analisis pada jenis fabrik perlu dibuat melalui beberapa cara yang dirasakan sesuai seperti merasa dengan tangan untuk tahu ia lembut atau tidak, mengangkat fabrik ke arah cahaya untuk melihat ia nipis atau tidak, cuba koyakkan untuk lihat ia tahan lasak atau tidak. Jika mencapai piawai, kita teruskan pada aspek kedua iaitu corak fabrik. Perbandingan perlu dibuat bagi mendapatkan corak yang dirasakan sesuai. Pertama pilih beberapa corak yang sesuai menepati selera, kemudian bandingkan ia. Lagi banyak pilihan lagi bagus. Teruskan membuat perbandingan demi perbandingan sehingga puas hati. Namun harus diingat supaya tidak membuat perbandingan terlalu lama kerana dikhuatiri mengganggu analisis pada aspek terakhir. Setelah corak telah dipilih, perlu dibayangkan adalah sesuai dengan si pemakai. Ini merupakan analisis aspek yang terakhir. Ia bergantung kepada si pemakai, samada si pemakai adalah kita sendiri atau untuk orang lain. Jika si pemakai adalah kita sendiri, analisis ini tidak akan mengambil masa lama. Kita hanya perlu fikir adakah kita memerlukan citarasa berbeza atau citarasa yang sama seperti yang sedia ada. Namun jika si pemakai adalah orang lain, kita perlu bayangkan bagaimana citarasa si pemakai itu. Pada tahap ini, analisis pada aspek kedua mungkin perlu diulang. Setelah selesai proses analisis, maka selesai satu kitaran proses membuat analisis pada fabrik yang hendak dibeli.

Secara umum, proses ini lebih kurang sama jika diaplikasi di dalam bidang kajin. Perkara pokok adalah perancangan dan perlaksanaan. Perancangan yang baik tidak menjamin hasil yang baik jika perlaksanaan tidak mencapai piawaian perancangan. Begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya perlu baik dan berkualiti.

**kenapa saya buat entri ini kerana saya sedang baca perkara ini:
3 qualities of successful PhD student, di mana terdapat satu penyataan:
That's why I recommend that new students start a blog. Even if no one else reads it, start one. You don't even have to write about your research. Practicing the act of writing is all that matters.
Tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, yang penting menulis untuk melatih susunan penceritaan, tanpa peduli ada orang baca atau tidak. :))

saya tertulis tentang pemilihan fabrik sebab CAIRO baru sahaja selesai memilih fabrik dari China...hehehehhee..adios amigos.

Menulis kembali...Diari Mat Despatch

Published by yantie under on 8:01 AM
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Di dalam (bukan dalam kan?) penulisan, beberapa perkara perlu diambil kira (ke diambilkira?) iaitu tatabahasa, perkataan, kesinambungan ayat dan jalan cerita. Memandangkan keadaan otak saya yang sangat terbeban akhir-akhir ini, menyebabkan penulisan waktu lapang di blog ini tergendala sekian lama (baca:agak malas). Selepas selesai membaca buku Salahudin Al-Ayubi, saya menulis pula artikel dan jurnal yang agak menyesakkan nafas. Jadi tidak sempat saya meluangkan masa dengan penulisan di blog.

Minggu lepas (2/8/2010-6/8/2010) terlalu banyak perkara berat (bukan sulit) yang telah dilalui, maka saya mencari bahan bacaan waktu malam yang ringan. Di takdirkan Cik Awa terjumpa satu diari, saya tanpa berlengah terus pergi dapatkan diari tersebut. Diari itu ialah Diari Mat Despatch.


Gambar dipetik dari Cik Awa.

Semasa mencari buku ini, saya mengelilingi rak-rak buku pelbagai tema berulang kali namun tidak ketemu. Rupa-rupanya diletakkan di bahagian Bacaan Kanak-Kanak (memang tidak akan jumpa kalau tidak bertanya sebab saya tidak ke bahagian Bacaan Kanak-Kanak). Disebabkan kulit buku ini, pekerja MPH sendiri terkeliru. Dia ingat itu buku laporan sains (hehehehe).

Membaca buku ini memang menghiburkan. Ia mengisahkan catatan harian seorang Mat Despatch yang ingin menjadi penyunting sambilan. Bagi merealisasikan impian dia, dia telah memulakan menulis diari sebagai latihan dalam menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (yang wajib murid-murid sekolah buat di dalam karangan). Di dalam diari itu diceritakan banyak perkara yang dia lalui sepanjang hari. Amat menarik kerana diselitkan juga falsafah-falsafah hidup yang diutarakan oleh manusia-manusia sekeliling yang dia jumpa secara sengaja atau tidak. Cara olahan penceritaan memang menarik dan kadang-kala saya rasa macam membaca buku Andrea Hirata.

Permulaan diari ini bercerita sedikit tentang dia iaitu Rayyan, bukan nama sebenar serta rakan-rakan serumah. Apa yang menarik salah seorang rakan serumah dia adalah peserta tegar MLM dan Forex tapi tidak juga kaya raya malahan lebih teruk dari dia yang hanya Mat Despatch. Ironinya, petang itu saya dan rakan-rakan makmal telah bercakap tentang MLM dan Forex. Hari yang penuh dengan MLM dan Forex. Memang kegilaan semasa agaknya MLM dan Forex ini. Melayu pula ramai masuk. Bak kata dalam satu drama "Memang la ni duit riba, haram, tapi banyak jugak duit"...kekekekeke..

*saya malas tulis panjang-panjang sebab saya datang awal ke makmal hari ini dengan matlamat yang lain, untuk mengelak dari tersasar jauh dari (ke daripada?) matlamat asal, lebih baik saya berhenti di sini.

Siapa berkenan hendak baca bahan bacaan komedi namun pengajarannya tetap mendalam, boleh cari buku ini. Nasihat saya cari di Bahan Bacaan Kanak-kanak terlebih dahulu untuk jimat masa. Terakhir saya membaca bahan bacaan yang menyebabkan saya ketawa terkekek-kekek adalah buku cicicici dan Sang Pemimpi (rindunya dengan Andrea Hirata). Mungkin saya sudah terbiasa membaca bahan bacaan yang menyebabkan berkerut dahi dan kening hampir bertaut, sebab itu bila jumpa bahan bacaan sebegini sungguh menghiburkan (hehehehe).

Saya hendak mulakan misi matlamat utama.