Marilah Menuju Kejayaan

Published by yantie under on 11:16 AM
Dah lama tak menulis...kekurangan ruang waktu, banyak berfikir perkara yang lebih wajib...maklum lah sekarang sedang memikul amanah yang lagi besar..iaitu belajar...kenapa besar amanah ini?..(ku kira sama besar dgn amanah membentuk Syahirah)

  1. Belajar ini tuntutan Islam supaya umatnya berilmu dan untuk diamalkan bagi kesejahteraan ummah
  2. Belajar ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Bayangkan dalam akaun CIMB ku wujud beribu-ribu duit yang jauh lagi banyak dari gaji bulanan. Adakah aku boleh sewenang-wenangnya guna untuk berjoli?...tidak..tidak..tidak..ini untuk kegunaan belajar. Banyak duit telah diberi, bermakna amanah ku untuk belajar bersungguh-sungguh jauh penting dari perkara-perkara lain. Kalau gagal bayar balik RM160 ribu ya...kekekkee.sampai tua la berhutang..nauzubillah
  3. Di fakulti sekarang kekurangan staff..kesian mereka yang berada di fakulti, rasa bersalah jika aku main-main. Aku berjanji akan berusaha sedaya upaya..selebihnya terserah kepada Allah..itu lah kita, selalu silap..berusaha sedikit, berserah yang banyak...sepatutnya usaha yang lebih, kemudian baru berserah..apa yang terjadi selepas usaha itu semua ketentuan Illahi
  4. Sebagai Muslim, menuju kejayaan adalah amanah untuk kita...selalu dilaungkan 5 kali sehari...malu sangat sebab jarang mendalaminya...ya Allah ampuni aku..agaknya Syahirah pun lebih mendalami dari aku sebab dia paling kusyuk mendengar azan..mana la tau budak kecil ada cara sendiri mendalami sesuatu..uh
Marilah menuju kejayaan!!!!

*p/s: baru ku tau ramai org di indonesia marah sgt dengan malaysia...tapi kawan-kawan indonesia ku pasti tak mcm tu kan..pak fadlil tak sentuh pun hal ni semalam masa borak, siap dia lagi kagum dengan Upin Ipin..hehehe..ayuh rumpun bangsaku, kita terus maju...