Apa perkembangan dia?

Published by yantie under , on 1:09 PM
Kali ni nak karang tentang puteriku tersayang lagi, Syahirah. Selama 2-3 minggu sebelum ni, Syahirah ditinggalkan di kampung sementara aku uruskan hal-hal cuti belajar dan pindah rumah. Banyak laporan-laporan yang telah diberi setiap hari oleh Tok dan Ayah Ki pada aku sepanjang 2 minggu di kampung. Aku pun memang telefon setiap setengah jam rasanya. Beruntungnya Syahirah mendapat perhatian yang maksima kan...

Syahirah dah makin maju. Makin banyak perkembangannya. Apa perkembangan dia sepanjang di kampung dan sehingga sekarang? Lihat senarai di bawah (wah dah macam tesis pula):
  1. Sudah boleh ambil air sembahyang...(rugi aku tak dapat ambil gambar yang ni), tiap kali masuk bilik air dia mesti buat gaya ambil air sembahyang.
  2. Selimut diri sendiri dengan sempurna sampaikan Tok ingat Ayah Ki yang tolong selimutkan.
  3. Boleh ikut nyanyian "Ceria" sikit-sikit..."iyaaaa...."
  4. Pandai susun selipar atas rak..aku ingat peyo yang susunkan selipar, rupa-rupanya Syahirah..pandai anak mama..
  5. Menggigit makin kreatif, part ni paling tak tahan...sakiiiittt..
  6. Tiap kali jumpa sedara mara yang dia cam, mesti cium pipi..pandai amik hati btol..
  7. Hmm..lupa dah..
Masuk part lain sikit..tadi Nenny ada ckp kat aku, ada seorang ilmuan telah mengkategorikan golongan blogger ni sebagai berikut:
  1. Bercerita tentang diri sendiri - golongan BODOH
  2. Bercerita tentang orang lain - golongan OK
  3. Bercerita tentang ilmu - golongan BIJAK
Kalau ikutkan aku ada dlm semua kategori....hahahha..payah tu.
hmmm..aku dah ckp dengan Nenny, aku tak setuju dengan ilmuan tu...sbb bergantung la kepada matlamat blogger tersebut kenapa dia berblog...dan lagi satu siapakah dia untuk senang-senang kategorikan orang...adakah dia pembuat blogspot?..hihihihi...

Sementara Bersemangat

Published by yantie under , on 3:32 PM
Sementara bersemangat nak upload gambar Syahirah, baik dibuat sekarang..(bukan semangat baca paper ye)...dah lama tak upload aktiviti Syahirah..this blog suppose to be Syahirah's memories one day..(kisah klasik la konon...SO7 sungguh moodku hari ini).. sila menjamu mata ye..

Di Taman Buai di Pontian

Besarnya tangan awaaaakkkk...

Huhuhuhu

Larikkkk

Hai kawan

Aduiii rimasssnyeee

Tgh makan kuew tiew goreng

Hello, ok, bye bye (ayat wajib dia bila dpt tel)

Tgk kucing tido

Main baling2 bunga dgn kucing

Banyaknya duit mama..best2

Koala bear abah

Tak abih2 dgn face recognition ni...

Ok la tu je..next time plak..adios..

Karat belum tepu

Published by yantie under on 10:23 AM
Dari semalam rasa ada pelik bila post comment on Yatt's blog..rasa mcm dah betul nickname tu..pagi ni baru perasan, itu nick yg satu lagi..non active account...kalau aku komen guna nama syahirah tu mmg aku la ye...

Bila lama tak membuat rutin, otak akan ada sikit berkarat..terbukti dah...sama mcm membaca paper, bila dah lama tak membaca, ada karat terkumpul yang menyebabkan susah nak faham paper tu...like i'm facing right now...cuma mujur lah dah ada sikit perbincangan, back to track..

Ada org tanya mcm mana belajar?..aku jawab tiada apa2 lagi...si penanya bertanya lagi, aik takde masalah ke?...belum leee...tungguuuuuu...

Baru start ni..vroom..vrooom...nak buang dulu karat2 yang terkumpul..mujur lah belum tepu..

Kelam Kelibut

Published by yantie under on 4:40 PM
Lamanya aku tak berada di alam maya...hidup penuh huru hara.ke hulu ke hilir..rasa nak patah semua tulang empat kerat ni...

Akhirnya semalam (9/7/2009) aku berjaya reportkan diri ke CAIRO...sampai dari kuantan dengan membawa barang perpindahan ke CAIRO dlm pukul 12pm..hajat singgah nak pinjam trolley je..sekali Prof Ruby panggil..terus ada discussion dgn Prof dari mana ntah (org arab)...aku angguk2 je..apa yg dibincang pun x tau..

Skrg aku nak kena service otakku...