Membuat analisis

Published by yantie under , on 5:01 PM
Di dalam sesuatu kajian, membuat analisis adalah salah satu perkara yang utama dan kritikal. Melalui analisis kita akan perolehi masalah utama yang perlu diselesaikan dan seterusnya mencari suatu jalan atau cara penyelesaian yang terbaik. Proses ini sama seperti dalam membeli belah, contoh membeli fabrik untuk dibuat baju. Kita perlu membuat analisis terhadap fabrik yang ada. Analisis perlu dibuat berdasarkan beberapa aspek iaitu jenis fabrik, corak fabrik dan kesesuaian dengan si pemakai.

Analisis pada jenis fabrik perlu dibuat melalui beberapa cara yang dirasakan sesuai seperti merasa dengan tangan untuk tahu ia lembut atau tidak, mengangkat fabrik ke arah cahaya untuk melihat ia nipis atau tidak, cuba koyakkan untuk lihat ia tahan lasak atau tidak. Jika mencapai piawai, kita teruskan pada aspek kedua iaitu corak fabrik. Perbandingan perlu dibuat bagi mendapatkan corak yang dirasakan sesuai. Pertama pilih beberapa corak yang sesuai menepati selera, kemudian bandingkan ia. Lagi banyak pilihan lagi bagus. Teruskan membuat perbandingan demi perbandingan sehingga puas hati. Namun harus diingat supaya tidak membuat perbandingan terlalu lama kerana dikhuatiri mengganggu analisis pada aspek terakhir. Setelah corak telah dipilih, perlu dibayangkan adalah sesuai dengan si pemakai. Ini merupakan analisis aspek yang terakhir. Ia bergantung kepada si pemakai, samada si pemakai adalah kita sendiri atau untuk orang lain. Jika si pemakai adalah kita sendiri, analisis ini tidak akan mengambil masa lama. Kita hanya perlu fikir adakah kita memerlukan citarasa berbeza atau citarasa yang sama seperti yang sedia ada. Namun jika si pemakai adalah orang lain, kita perlu bayangkan bagaimana citarasa si pemakai itu. Pada tahap ini, analisis pada aspek kedua mungkin perlu diulang. Setelah selesai proses analisis, maka selesai satu kitaran proses membuat analisis pada fabrik yang hendak dibeli.

Secara umum, proses ini lebih kurang sama jika diaplikasi di dalam bidang kajin. Perkara pokok adalah perancangan dan perlaksanaan. Perancangan yang baik tidak menjamin hasil yang baik jika perlaksanaan tidak mencapai piawaian perancangan. Begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya perlu baik dan berkualiti.

**kenapa saya buat entri ini kerana saya sedang baca perkara ini:
3 qualities of successful PhD student, di mana terdapat satu penyataan:
That's why I recommend that new students start a blog. Even if no one else reads it, start one. You don't even have to write about your research. Practicing the act of writing is all that matters.
Tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, yang penting menulis untuk melatih susunan penceritaan, tanpa peduli ada orang baca atau tidak. :))

saya tertulis tentang pemilihan fabrik sebab CAIRO baru sahaja selesai memilih fabrik dari China...hehehehhee..adios amigos.