Mampukah Fokus?
Published by yantie under Aku, Dunia, way for Phd on 2:45 PM
Pada firasat aku, dalam apa jua perkara kita lakukan perlu fokus. Samada belajar, memasak, bersukan, bekerja hatta menonton televisyen. Kalau fokus tiada dalam belajar, sia-sia masa diperuntukkan; contohnya ketiadaan fokus aku ketika membaca paper menyebabkan aku terpaksa ulang membacanya sekali lagi. Kalau fokus tiada dalam memasak, boleh hangit masakan dan hasilnya tidak sedddaaaappp. Kalau fokus tiada dalam bersukan, boleh cedera (terlebih sudah!). Kalau fokus tiada semasa bekerja, menyebabkan selalu memberi alasan tidak cukup masa, sedangkan kita ada 8 jam sehari untuk bekerja (yang wajib). Kalau fokus tiada ketika menonton televisyen, tiada pengajaran diperolehi.
Fokus boleh dibuat mengikut peringkat, 1-Seumur Hidup, 2-Tahunan, 3-Bulanan, 4-Sehari-harian. Sebelum membuat fokus, perlu letakkan matlamat apa untuk difokuskan barulah fokus. Sekarang matlamat aku adalah untuk membuat Literature Review. Jadi fokus aku perlu dibuat mengikut harian dalam usaha mencapai matlamat itu.
Namun sebagai manusia biasa yang kononnya terlalu banyak perkara nak diuruskan, komitmen yang padu tidak mampu diberikan untuk perkara FOKUS. Aku senaraikan perkara-perkara yang mengganggu fokus aku:
Aku rasa aku perlu membuat anjakan paradigma...lepas anjakan ini, mampukah aku fokus?...
p/s: gambar atas tu ambik sendiri tu, masa belajar nak buat fokus..tak sharp sgt tapi sendiri punyeee..:D

- Urusan rumahtangga (mcm besar je kan...sebenarnya simple je..saja bagi alasan..:P)
- Facebook (adeiii...kenapa la aku menjebakkan diri ku)
- Forum (dah terbiasa sejak dari zaman belajar)
- Membeli belah (entah la)
- Otak suka menerawang pada perkara-perkara lain
Aku rasa aku perlu membuat anjakan paradigma...lepas anjakan ini, mampukah aku fokus?...
p/s: gambar atas tu ambik sendiri tu, masa belajar nak buat fokus..tak sharp sgt tapi sendiri punyeee..:D