Laskar Pelangi Versi Malaysia

Published by yantie under on 11:26 AM
Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM 2008 memang dikagumi ramai malah rahsia kejayaan beliau telah dibukukan. Sebelum ini ada suara-suara sumbang menyatakan terlalu awal dibukukan rahsia kejayaan beliau sebab takut terjadi seperti kisah2 kejayaan anak2 remaja yang lain seperti Safiah yang terpesong...aku juga sedikit sebanyak terpengaruh dengan kata-kata sumbang tu...

Last week, Kak Da ada beli buku ni, aku tumpang baca...hmmm...habis baca, aku yakin Nik Nur Madihah bukan seperti yg suara-suara sumbang perkatakan....aku yakin dia miliki ilmu yang berbeza dari kebanyakkan remaja seusia dia...ilmu dunia dia dipelajari berlandaskan ilmu akhirat...

Kenapa aku kata mcm tu?..sebab setiap kata-kata yang diutarakan dalam buku tu sungguh penuh dengan ilmu...aku kagum dengan dia yang semuda itu tapi tahap pemikiran luar biasa...Idola dia adalah Rasullallah SAW..aku pasti dia bukan sekadar ucap siapa idola dia...aku masa usia dia tak terfikir lagi nak jadikan Rasullullah SAW sebagai idola..masa tu aku diperlihatkan dengan glamournya kru, siti nurhaliza...hebat betul Madihah ni..dia siap boleh huraikan keperibadian Rasullullah SAW dan dikaitkan dengan kehidupan seharian...

Dia ingin mendalami Fizik Islami kerana umat islam perlu menguasai teknologi yang telah dikuasai oleh org bukan islam (terutama barat) yang menyebabkan dunia Islam terlalu bergantung pada barat dan seterusnya ditindas. Selain dari itu, disebabkan faktor ini menyebabkan pemikiran umat Islam sentiasa dijajah dengan duniawi..apa yang beliau utarakan ini sebijik seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden Ahmadinejad...hmmm nilaikan tahap pemikiran beliau...

Nik Nur Madihah anak orang miskin, pernah tidak membawa wang ke sekolah...kekurangan yang dihadapi ni telah ditukarkan dengan nikmat, beliau berpuasa jika tiada wang dan telah mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis sejak di Tahun 6...malah sepanjang minggu peperiksaan SPM beliau berpuasa...menurutnya dengan berpuasa banyak hikmah yang beliau dapat seperti:

1. Tidak perlu memikirkan hendak makan apa
2. Tidak perlu terkejar-kejar mencari tempat makan
3. Tidak perlu fikir sempat atau tidak nak masuk dewan peperiksaan selepas makan

hmmm...tak pernah aku terfikir selama ni...hebat betul dia kan!!!

Nik Nur Madihah akan ke Jordan untuk mendalami ilmu Fizik Islami dengan biayaan Bank Negara...semoga beliau kembali untuk berbakti buat Agama dan Negara...semoga remaja-remaja lain mencontohi Nik Nur Madihah....beliau tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuk berusaha bersungguh-sungguh....

Aku rasa Madihah ni jalani kehidupan dia penuh dengan perkara bermanfaat...oh ya dia suka buku-buku FT (FT pun ada letak keratan akhbar dlm blog dia)...Madihah ni suka baca blog, dia tak suka FB, Friendster sbb perlu ambil masa katanya...

Rasanya sekarang dia, mak dan ayahnya pergi umrah...ogos ni dia akan berangkat ke jordan...Tok Guru Nik Aziz (pemimpin yang dia kagum) hadiahkan rumah elit pada keluarga dia...bestnya rahmat Allah...

Nik Nur Madihah == Laskar Pelangi Malaysia

Aku nak beli buku ni untuk bacaan Syahirah nanti...