Usai Sudah...Perjalanan Baru Bermula

Published by yantie under , on 5:24 PM
Pagi ni, 26/6/2009 mendapat berita di TV3 menyatakan King of Pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia..dikhabarkan pada pagi Khamis (waktu di LA)...he passed away at 50..rasa sebak jugak..biasa kalau artis2 meninggal, aku tak kesah sgt..tp kali ni rasa mcm sedih sikit...maybe sebab dia ni byk lagu yang menusuk kalbu kot..org kata dia dah muslim, tapi takde formal proof..so couldn't believe the rumors...

Ok usai sudah kesah full of controversial by MJ, perjalanan baru dia di sana bermula..

Kesah aku menyelesaikan hal cuti belajar pun sudah selesai semalam (Khamis- 25/6/09)..penuh lelah..

Surat tawaran UMP, KPT dan perjanjian UMP, KPT aku dapat hari selasa (23/6/09) dari HR melalui Dekan..pagi2 lagi aku dah ambil semua dokumen...perjanjian UMP memerlukan 2 orang penjamin luar dari UMP...pukul 12.30pm aku balik rumah, amik sedikit keperluan terus ke KL sbb nak amik sign husband dan abang sebagai penjamin...sampai pukul 3.05pm (waktu ini tepat sbb mmg habit aku lihat waktu tepat2 bertolak dan tepat2 sampai)..dah dpt sign husband, ke rumah abang di hillpark..tidur sana...

Pagi esoknya (Rabu- 24/6/09) pukul 9.30am bertolak balik ke Kuantan..punya la bercelaru fikiran, boleh terlepas simpang ke Jalan Pahang dari Pantai Dalam tu...melilau sampai ke pudu..abih masa lama kat situ..so sampai ke Kuantan pukul 12.00pm..terus daratkan sign Ju as a saksi...isi2 perjanjian tu sampai lengkap...pukul 2.30pm ke Kuantan untuk matikan setem..ada 3 misi petang tu..satu medical checkup...singgah di Poliklinik Ar Razi...med checkup will only be completed tomorrow afternoon sebab darah perlu dihantar ke makmal utk proses...ok takpe la..misi ke dua ke LHDN..nak matikan setem..sampai sana pukul 4.00pm...kena beli setem dulu sbb mesin auto dah tutup pukul 3.30pm..dah setel situ...misi ke 3 ke CIMB untuk tanya status akaun..

Akaun CIMB dah ada 10 thn dulu..ntah ke mana dah hilang..diorg kata boleh buat baru, tp kena dtg esok..sbb sistem dah offline...ok lah, ambik form balik rumah nnt isi

Malamnya, setelkan perjanjian..check perjanjian dgn checklist yg diberi...alamak...tersalah isi la pulak..ada bhgn yg disuruh kosong aku dah isi...padan la aku mcm tak tau nak isi apa...tapi sebab dah terbiasa di ajar di UTM dulu (kekeke) 'selesaikan masalah anda sendiri' maka aku pun selesaikan sendiri yg mana aku tak tau tu..aku tiru perjanjian KPT untuk selesaikan yg aku tak tau nak isi tu...aku berdoa harap2 kesalahan aku tu just a minor mistake...

Esoknya pukul 8.30 ke CIMB Kuantan..tunggu bukak pukul 9.15am...PIC CIMB mintak form n IC...dia tgk IC aku dia kata ni rosak ni...sbb ada sikit alamat tak clear..pahtu mmg la cip pun rosak...aku tanya abih tu mcm mana...dia dgn penuh tegas tanpa kompromi suruh aku pergi buat IC dulu...hahahha..haruuuu...ahh malas lah layan...

Aku ke CIMB cawangan Beserah...kat sana diorg ckp cip takleh baca...and i admitted that..aku harap sgt dia tak suruh aku pergi buat IC..luckily, dia suruh balik ambil surat beranak...masa tu dah pukul 10.00am lebih...ye lah2..balik opis la amik...balik opis sebelum ke CIMB semula, aku setelkan surat serah tugas, hantar buku ke library, amik cop di ICT (sbb laptop dah lama hantar)...dah setel terus ke CIMB...kat sana lama la plak...sbbnya diorg mcm tak tau nak solve mcm mana kes aku yg dah ada akaun ni...tp at last accomplished...balik semula ke opis, on the way singgah di Poliklinik ambil med checkup..balik opis buat recheck once again...dlm pukul 3 igt nak pegi ke HR dah..sekali ada plak student baru nak tanya pasal Program Grafik...aku mmg excited sokmo jumpa student baru..tercakap lama la plak..pukul 4 baru ke HR...alhamdullillah the mistake before was a minor mistake..so not big deal...at last end up at 4.30pm...i decided to go home (trg) to take a rest before go to jb to be a student...my energy level extremely downed to almost 0 yesterday...

So usai sudah proses cuti belajar...my journey to belajar (not cuti ye) will begin soon...

Malaysia ke Oversea?

Published by yantie under on 6:14 PM
Apsal la kereta depan aku slow sgt...kereta honda civic..cun plak tu...tp bawak 50km/j, di lorong kanan lagi...adeii...aku usha tgk nak tau pemandu lelaki ke perempuan..tp tak nampak2 kepala pemandunya...bagi lampu sekali...agaknya pemandu perempuan...bg lampu lagi sekali...aik..tak berganjak jugak..

Ada peluang lorong kiri, aku ke kiri..potong kereta tu sambil toleh ke pemandu..dah geram dah ni...rasa nak langgar je belakang keta tu..eh silap, rasa nak hon je keta tu...sekali toleh tgk padanle tak nampak kepala pemandu..rupa2nya pemandu duk sebelah kiri...

Ni mesti perasan dia tgh memandu kat oversea la ni..perasan duk lorong slow la tu...adeeeiii...dari geram2 aku terus tergelak sorg2...hahahhahaa...lawak la ko mat...

Finally, i got the letter

Published by yantie under , on 1:05 AM
I got a phone call yesterday from Unit Cuti Belajar...yeaahhaaaa...finally i got the letter from KPT..meaning that my study leave application has been approved...next step, i need to fill in a few compulsory documents.....next week i'm gonna complete all of it since i'm still on leave right now...sungguh tak sabar...this is the moment that i waited since january 2009 until now...my first aim for 2009 just around the corner to be completed and the journey will begin...Ahamdullillah..

Since i'm going to be a full time student soon, and this is also an aim to almost of my friends...so i would like to share a little bit of tips which is i gained during SLAB course (attended at UKM- very informative)...so what we need to do in order to further study are:

  1. Approach appropriate supervisors....
  2. Get the offer letter/ sv letter (make sure to have back up plan, in case our first application is rejected..so we could proceed with second application and our aim still on the right route)
  3. Sit for IELTS...make sure our aim is to get save band level...means at least 6.5, no matter where we'll be approved to study either abroad (Asia or others) or local, we still could use that IELTS..so selamat duit...IELTS sekarang dah RM550..mahal tu...i did my aimed was to get band 7, because i think i wont drop a lot if my aim higher than 6.5, and it's true..actually IELTS is just a strategy, from practicing until answering the exam...
  4. In the proposal - try to put your supervisor paper as your reference...this is to show that your supervisor is the right person to supervise you on the chosen topic/field. Attach your supervisor's cv if needed...the cv should show the strength of the supervisor..(this is working too)
  5. The rest, tawakkal...what ever the result is from Allah (of course thru top management)
Why i'm too eager to further study?...one of the reason because this is my aim for 2009...besides, i don't want to do management tasks anymore...kekeke..this is true from my heart...this position is really burdened me enough...i don't say that i hate the task...i did my best all this while...but i think there are other members that suit for the position...and maybe he/she is very talented but haven't get the opportunity...i think this is the best moment for me to further study since my major task in the position has been completed...lets other talented members to do the rest, surely you need to do a lot of improvements...good luck my friends..

Huh...from now on, i have to set up my mind..tune my mind from servant to student...

Ya Allah jauhkan diriku dari sikap dan sifat MALAS dalam segala hal, semoga aku bersedia hadapi cabaran dan dugaan mendatang...amin

Contentment Entry

Published by yantie under , , on 4:22 PM
A very happy moment happened to us last weekend...without spending money, we were totally enjoy the moment....kak da and her children (kak, abg n adik) came to kuantan just to spend their holiday here with Syahirah....Ayah Cah and Ateh don't want to miss the moment (as usual), so they came along to kuantan from KL...on Saturday we (aku, Cu n Kak Da) cooked mee goreng (as requested by Ayah Cah), sandwich and keropok..our plan was to have a pleasure evening at Teluk Cempedak(TC)...once Ayah Cah n Ateh arrived from KL, without any delay we started our journey to TC (mencabar ni)...because it was cuti sekolah, so many cars on the road...it was really bad traffic jam.. normally we could reach at TC only in 25 minutes but on that day we spent 1 hr 30 m...dasyat la..alhamdullillah we managed to get great spot at TC...we were really hungry....without any delay (once again), we started eating like piranha, after that captured pictures, recorded videos and bla bla bla...then after that went home...zzzzzzzzz...here are some videos to share...

see..how excited Syahirah was..



Syahirah pusing-pusing sampai confused..



Syahirah did learn something new from her cousins...and she was really enjoy it!! see the way she laugh...kekekek

Syahirah Masuk Ratu Cantek??

Published by yantie under on 11:50 AM
Idak leee....Syahirah masuk pertandingan bayi comel..ni la pertama kali masuk sepanjang usia 1 tahun 3 bulan ni...kebetulan lepas beli drypers diorg suruh amik gambar untuk contest tu...kalau tak, tak merasa jugak Syahirah ye...aku letak dia atas kerusi yang disediakan...sementara tunggu kameraman amik gambar, Syahirah releks je menanti sambil goyang-goyang kaki..kameraman hala je kamera ke dia, dia terus senyum meleret...maklum la dah biasa...kekekekke...diorg bagi 2 keping gambar untuk kenangan...kalau menang dpt seribu...best jugak ni...ada rezeki ada la..


Laskar Pelangi Versi Malaysia

Published by yantie under on 11:26 AM
Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM 2008 memang dikagumi ramai malah rahsia kejayaan beliau telah dibukukan. Sebelum ini ada suara-suara sumbang menyatakan terlalu awal dibukukan rahsia kejayaan beliau sebab takut terjadi seperti kisah2 kejayaan anak2 remaja yang lain seperti Safiah yang terpesong...aku juga sedikit sebanyak terpengaruh dengan kata-kata sumbang tu...

Last week, Kak Da ada beli buku ni, aku tumpang baca...hmmm...habis baca, aku yakin Nik Nur Madihah bukan seperti yg suara-suara sumbang perkatakan....aku yakin dia miliki ilmu yang berbeza dari kebanyakkan remaja seusia dia...ilmu dunia dia dipelajari berlandaskan ilmu akhirat...

Kenapa aku kata mcm tu?..sebab setiap kata-kata yang diutarakan dalam buku tu sungguh penuh dengan ilmu...aku kagum dengan dia yang semuda itu tapi tahap pemikiran luar biasa...Idola dia adalah Rasullallah SAW..aku pasti dia bukan sekadar ucap siapa idola dia...aku masa usia dia tak terfikir lagi nak jadikan Rasullullah SAW sebagai idola..masa tu aku diperlihatkan dengan glamournya kru, siti nurhaliza...hebat betul Madihah ni..dia siap boleh huraikan keperibadian Rasullullah SAW dan dikaitkan dengan kehidupan seharian...

Dia ingin mendalami Fizik Islami kerana umat islam perlu menguasai teknologi yang telah dikuasai oleh org bukan islam (terutama barat) yang menyebabkan dunia Islam terlalu bergantung pada barat dan seterusnya ditindas. Selain dari itu, disebabkan faktor ini menyebabkan pemikiran umat Islam sentiasa dijajah dengan duniawi..apa yang beliau utarakan ini sebijik seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden Ahmadinejad...hmmm nilaikan tahap pemikiran beliau...

Nik Nur Madihah anak orang miskin, pernah tidak membawa wang ke sekolah...kekurangan yang dihadapi ni telah ditukarkan dengan nikmat, beliau berpuasa jika tiada wang dan telah mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis sejak di Tahun 6...malah sepanjang minggu peperiksaan SPM beliau berpuasa...menurutnya dengan berpuasa banyak hikmah yang beliau dapat seperti:

1. Tidak perlu memikirkan hendak makan apa
2. Tidak perlu terkejar-kejar mencari tempat makan
3. Tidak perlu fikir sempat atau tidak nak masuk dewan peperiksaan selepas makan

hmmm...tak pernah aku terfikir selama ni...hebat betul dia kan!!!

Nik Nur Madihah akan ke Jordan untuk mendalami ilmu Fizik Islami dengan biayaan Bank Negara...semoga beliau kembali untuk berbakti buat Agama dan Negara...semoga remaja-remaja lain mencontohi Nik Nur Madihah....beliau tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuk berusaha bersungguh-sungguh....

Aku rasa Madihah ni jalani kehidupan dia penuh dengan perkara bermanfaat...oh ya dia suka buku-buku FT (FT pun ada letak keratan akhbar dlm blog dia)...Madihah ni suka baca blog, dia tak suka FB, Friendster sbb perlu ambil masa katanya...

Rasanya sekarang dia, mak dan ayahnya pergi umrah...ogos ni dia akan berangkat ke jordan...Tok Guru Nik Aziz (pemimpin yang dia kagum) hadiahkan rumah elit pada keluarga dia...bestnya rahmat Allah...

Nik Nur Madihah == Laskar Pelangi Malaysia

Aku nak beli buku ni untuk bacaan Syahirah nanti...

Jatuh hati ama Laskar Pelangi

Published by yantie under , on 11:08 AM
Setelah awa keracunan Laskar Pelangi, aku jadi kemaruk liat Laskar Pelangi dlm Youtube...bagus amat movie ni...best2...kalau ada subtitle lagi faham rasanya...

Setiap warga negara berhak mendapat pendidikan

Rasanya setiap pendidik harus liat movie ni...jujur pengisiannya..
  • pengajaran bukan sekadar pelengkap kurikulum, tapi harus dari hati
  • anak miskin juga harus berani punyai cita-cita
  • kekuatan datang dari iman bukan dari bilangan ummahnya
  • hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya

duh! aku juga belum kelilingi dunia...........:D

p/s: Lintang tu hebat congak pakai imaginasi...rasa mcm ayah aku pulak, ayah aku hebat congak, kalah kami yg pakai kalkulator, tp sbb miskin, xde mak ayah, tak berpeluang belajar tinggi, tu pasal dia tegas soal pendidikan pada kami adik beradik..mcm Lintang, semangatnya diturunkan kepada anak...

Air Crash lagi

Published by yantie under on 2:48 PM
Bab air crash mmg selalu menarik perhatian aku..tu pasal aku suka tgk Air Crash Investigation. Yang paling gempar minggu ni Air France hilang mysteriously di lautan atlantik...hari isnin 1 jun 2009..masih diklasifikasi hilang...ada lebih kurang 200 penumpang dlm tu...



Ada satu episod dlm Air Crash Investigation yang paling aku igt kes kapal perang USA tersilap tembak Kapal Komersial Iran...masa tu perang teluk rasanya...sadis sungguh...sistem army dgn sistem komersial berbeza...(aku tak tau mcm mana bezanya)...USA detect kapal tu sebagai kapal perang...bagi warning pada kapal Iran tu, kapal Iran pulak tak terima warning tu...dlm adengan miss-communication tu, USA lancarkan peluru berpandu...kapal Iran meletup sekelip mata...semua meninggal...mayat bergelimpangan atas permukaan laut...

Siasat2, rupa2nya sistem army USA tu tak selari dgn sistem komersial...katanya yang baru diimpliment tu pasal kapal Iran tak terima isyarat...yg menyakit hati kapten USA tu siap dpt anugerah keberanian (sort of) atas keberanian membuat keputusan di saat genting...rakyat Iran teramat sedih sampai boikot terus USA...agaknya tu antara faktor Iran nyampah sgt dgn USA sampai skrg...sedikit je kesilapan, byk nyawa tergadai, ramai yang menderita, punah harapan..



Dulu masa nak ke Jepun, aku sampai agak fobia...sbb terpengaruh dgn Air Crash Investigation ni..sebelum naik flight ntah berapa kali aku mengucap..sepenuh hati atau spontan...kat atas sana plak setiap kali langgar awan or pilot bagitau cuaca buruk aku mesti genggam kerusi sambil mengucap..punya la takut, tapi ke China dah tak takut..hehehehe...tp kalau dah ditakdir mati, kat mana2 pun jadi kan..

Gempar: Stadium Sultan Mizan Runtuh!!

Published by yantie under , on 1:02 PM
Apsal ntah aku tak terkejut masa diberitahu member tadi bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh.. sebabnya masa dah siap last year, abg aku ada tunjuk gambar bumbung stadium ni tak smooth curvenya, die kata: "acu tgk ni, huduh sepang bumbung..dok smooth langsung"...kitorg ckp: "lama2 runtuh ni...", dan benarlah telahan kami..aku igt sikit je runtuh...tgk gambar hambik ngko banyak tu....panas le punggung sape2 yg terlibat ni...kekekeke...alhamdullillah takde kemalangan jiwa...berita lagi

raksasa tgh fire bumbung

runtuh doh hok comel2 stadium ni...huhuhuhu
semua gambar dari cari.com.my

Mood aku: Mood cuti belajar

Published by yantie under on 8:53 AM
Last week fakulti aku dgn org2nya sekali berpindah dari bangunan A3 ke B1...orang lain berpindah ke bangunan baru...tapi kami berpindah ke bangunan lama yang ditinggalkan orang...sabar je la kan...dah lama kami menanti saat2 ni...ceewah menanti konon..sakit hati ada la..takpe2, kita terima keadaan ni...nampak mcm sikit je org fakulti, tapi bila berpindah hambik ngko!!!...3 hari baru setel...

Aku duduk di tingkat 1 di bangunan B1 ni..mcm bosan je tingkat ni sbb aku hanya berdua je perempuan yang lain semua lelaki...sepatutnya ada 4..tapi dekan dan td research duk bawah...aku malas nak ambik gambar bilik baru ni, nothing special pooon...aku malas nak mengemas...semua barang2 aku biarkan lagi dlm kotak..tp aku dah sort mana yang nak buang dan mana nak simpan..ada sebulan lagi aku kat sini...lepas tu chow le...yeeeaaahaaaa....bilik ni just di mop dan dipasang carpet supaya senang aku nak solat..tu je..lain2 decoration, MALAS..

Mood aku sekarang adalah mood cuti belajar...yahoooooooo!!!!!