Tetralogi Laskar Pelangi

Published by yantie under on 9:50 AM


Bukak tutup bukak tutup, langsai jugak hutang bacaan tetralogi Laskar Pelangi aku..hari pertama pesta buku 2010, aku terus cari Edensor dan Maryamah Karpov..

Edensor adalah sambungan daripada daripada Sang Pemimpi, jika Sang Pemimpi kisah Arai dan Ikal di sekolah menengah dan berkelana di universiti di Indonesia, sambungan kisah mengejar mimpi mereka diteruskan di Universite de' Sorbonne, Paris. Mereka membuktikan jika usaha bersungguh-sungguh, dengan izin Illahi mimpi dari usia belasan untuk ke Universite de'Sorbonne tidak mustahil tercapai.

Hebatnya Arai dan Ikal ini adalah mereka sentiasa mencabar keupayaan sendiri dengan mengambil peluang keberadaan di Paris untuk menjelajah Benua Eropah dan Afrika. Terkesannya ajaran Ibu Mus yang menyatakan jika ingin berubah buatlah tiga perkara: "Menuntut ilmu, banyakkan membaca Al-Quran dan mengembara"..mengembara..ya..mengembara..mereka memilih untuk menjadi backpacker..mereka tidak ingin mengikuti rombongan lawatan yang biasa dibuat oleh mahasiswa-mahasiswa yang mengambil jalan mudah dan senang, sebaliknya mereka mengembara berdua sambil bertaruh dengan rakan-rakan sekuliah yang turut sama dalam pengembaraan tapi laluan berbeza..

aku rasa disebabkan banyaknya bacaan Arai dan Ikal lah yang menjadikan mereka berani mencabar diri sendiri dan menggunakan teori yang dibaca untuk dipraktikkan sepanjang pengembaraan..dengan pelbagai halangan, mereka akhirnya berjaya menjelajah Eropah dan Afrika..yang paling lucu, untuk membiayai perbelanjaan penjelajahan, mereka membuat street performance dengan menjadi ikan duyung..hihihihi..menarik sekali pengalaman ini (sila lah baca, akan kita rasa seperti turut sama dalam pengembaraan itu)..aku jelessss..

Yang menarik dalam Edensor ini cara Andrea ekspresikan watak-watak dalam kuliahnya..pelajar US digambarkan suka mendominasi, pelajar dari UK digambarkan suka mencelah untuk memberi pendapat dan bertekak mempertahankan pendapat tapi dengan cara beradab..sementara pelajar German lebih sistematik dalam melontar idea..pelajar yahudi pula lebih senang dalam kelompok mereka dan bercakap dengan suara perlahan seolah-olah sedang merencana rancangan mengubah negara hatta dunia..yang tersentuh bila Andrea menggambarkan pelajar dari negara membangun (seperti kita) hanya berusaha sekadar untuk lulus dan agak terkebelakang..:D

Paling membuatkan aku turut sama ingin merasai keterujaan Ikal aka Andrea di Paris adalah satu nama yang berulang kali di ulang iaitu Maurent LeBlanch..bukan kerana nama itu orang terpengaruh, bukan kerana orang besar, bukan, bukan, bukan tapi kerana nama itu bunyinya sedap bila disebut oleh orang Perancis sendiri..aku ambil peluang keberadaan Florian di makmal aku ini untuk aku rasainya sendiri apa yang Ikal rasa..aku dekati Flo, mintak dia sebut nama itu..

Flo:"Moghong LeBlong"
Aku:"Again"
Flo:"Moghong LeBlong..Moghong LeBlong"..

Hehhehe best best..memang sengau, berkelas dan terpelajar..hahahhaha

Kemudian ke Maryamah Karpov..memberi jawapan pada semua teka teki dalam 3 buku sebelum ini..paling aku suka apabila Andrea mengumpat penduduk kampungnya dengan cara penuh ilmiah...macam-macam gelaran yang ada..Ibrahim Harap Tenang kerana kerjanya menukar gulungan filem di pawagam, setiap kali gulungan akan ditukar, dia akan paparkan ayat Harap Tenang di skrin..maka jadilah dia Ibrahim Harap Tenang..kekekkeke..memang perangai orang Melayu suka memberi gelaran..ala macam Dollah Cantik..hehehhee..

Watak Lintang si genius muncul kembali dalam Maryamah Karpov..Lintang banyak membantu Ikal mengejar mimpi bertemu A Ling..membuat kapal dan belajar..hahaha..btol idak ntah belayar..susah tuuu..tapi Lintang kata sesuatu yang kita lihat susah dan besar jangan dilihat dari sudut yang susah..cari dulu pangkalnya..cari dulu ilmu asasnya apa..contoh membuat kapal, ilmu asasnya hidrodinamik..maka pelajari ilmu itu..masa baca bahagian ini, aku hadapi masalah untuk dapatkan data signature dari device wacom untuk di masukkan ke dalam MatLab..puas sudah ku cari..2 minggu tergendala..tiba-tiba mata terpejam, dan aku dapati ilmu asas untuk masalah ini adala serial port..hahahha..ting dapat idea..terima kasih Lintang..

Berbalik pada Maryamah Karpov..aku rasa seolah-olah sedang membaca satu tesis yang lengkap..semua sisi diceritakan dengan detail dan ada pro dan kontranya..aku kira tesis Andrea pun begitu..kalau tak takkan lulus cemerlang kan..

Cuma Edensor dan Maryamah Karpov ini lebih nampak matang ayatnya berbanding Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi...sesuai dengan usia watak-watak kot..aku rekemen untuk semua orang..kerana ia adalah bacaan pembakar semangat..

Hingga bertemu lagi Andrea Hirata (Andrea nama wanita Itali dan Ikal berhasil berjumpa secara tidak sengaja dengan si penama yang dia curi guna untuk namanya..Hirata jika disebut berulang-ulang dan cepat akan jadi ahirat (akhirat) supaya Ikal sentiasa ingat akhirat, itu perkiraan ibu Ikal)