Tanpa Mimpi Orang Macam Kita Akan Mati
Published by yantie under Buku, Sang Pemimpi on 10:18 AM"Genius terlahir dari keadaan yang mendesak"..ayat ini aku ambil dari movie yang sekilas aku terpandang kala membaca buku Sang Pemimpi..
Ada benarnya ayat ini. Keadaan mendesak melahirkan Ikal yang bijak, Arai yang berseni dalam soal kehidupan dan Bron yang sentiasa berusaha memeluk mimpi..
Membaca buku ini mengajar aku satu perkara: "Kita tidak boleh mendahului nasib!!!".. memang genius kata-kata ini..tepat, padat, zzzuuuppp terus masuk ke hati aku dan terus zzaaapp ke otak..aku tidak boleh mendahului nasib, hidup lah seadanya sekarang, buat yang terbaik untuk waktu ini..apa jua hasilnya nanti, itu semua rahsia Illahi..
"Tanpa mimpi orang macam kita akan mati"..jangan berhenti bercita-cita..mungkin satu mimpiku itu tidak terlaksana seperti yang aku cita-citakan, mungkin belum sampai masanya..mimpi itu aku harap masih di peluk Tuhan..cuma menunggu masa yang sesuai..usaha perlu diteruskan..
Mereka bertiga menjadi inspirasi aku lebih-lebih lagi Arai (dan semua geng Laskar Pelangi). Tak kira lah Arai wujud atau tidak, tapi aku kagum dengan semangat dan kemuliaan hati yang di miliki..dia memang seniman kehidupan..Dan Ikal memang genius yang aku kira sejak lahir dan ditambah dengan usaha berterusan jadi usahanya berhasil...
Kisah ini telah difilemkan..dan sudah ditayang di Indonesia...Awa,Yatt dan Abid dah tengok..jeles betul aku..Malaysia tak nak bawa masuk ke filem ni?..amat bagus untuk rakyat Malaysia yang sedang dilanda kesempitan yang pelbagai sekarang ni..(tertanya-tanya: macam mana adengan mereka bertiga kena lakonkan adengan perempuan bercarik merah di ampaian tu?..aku gelak guling2 hanya dengan membaca dan membayangkan..:D)
Terima kasih buat Ikal aka Andrea Hirata kerana hasil yang genius ini..Sang Pemimpi memang tidak mengecewakan sama seperti Laskar Pelangi..berjaya buat aku gelak, termenung, menangis, ketawa lagi..terima kasih banyak-banyak..jangan la berhenti menulis..rugi la..
"biar kau tahu, Kal, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semanagt dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi itu!!". "Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."