Save Gaza

Published by yantie under , on 2:07 PM

Save Gaza

Cuba perhati satu part tentera Israel kena baling batu..nampak sangat pengecut..baru kena baling batu dah gelabah..hanya dengan batu dan senjata yang terhad, orang Palestine terus berjuang menentang Israel yang serba canggih peralatannya..sesungguhnya kuasa Allah yang menjadikan rakyat Palestine terus bertahan sampai sekarang..

Orang palestin sejak berpuluh-puluh tahun telah dibunuh dengan sewenang-wenangnya tanpa ada yang membela..paling hebat pun tindakan dunia hanya mengutuk tindakan Israel..OIC juga hanya oooo i seeee...tiada tindakan konkrit dari organisasi yang asal penubuhan untuk menyelamatkan Al-Aqsa..sampai sekarang sepi..hinggalah sekarang negara Islam sendiri ada yg turut sama bersatu mengurung rakyat Gaza (mungkin takut tak dapat duit dari US)..namun rakyat Palestine tak pernah pupus..malah bertambah..dikatakan semasa Israel menyerang Gaza selama 3 minggu pada akhir 2008, 1500 orang terbunuh, namun 3000 bayi lagi lahir dlm tempoh terbabit..masyaAllah, kuasa Nya lebih hebat dari perancangan manusia jahat itu...(Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan umat Islam yang terus berjuang dan berjihad berada di bumi Al-Aqsa)

(dipetik dari: http://bookkeeper-uwise.blogspot.com)

Melalui buku ini terdapat banyak lagi bentuk pertolongan dari Allah yang dialami sendiri oleh rakyat Palestine, diceritakan sebagai peringatan untuk kita yang mungkin terlena dengan kesenangan yang kita miliki..sekurang-kurangnya ingatilah mereka dalam doa..sementara mereka terus berjuang, kita yang jauh ini teruslah berdoa untuk kekuatan mereka selain dari terus menderma untuk mereka..aku doakan Zionis terhapus dari muka bumi ini..amin

Bagi aku isu Palestine bukan lagi isu agama, tapi ia adalah isu hak asasi manusia..kalau isu agama mana mungkin Israel sanggup membunuh rakyat kristian Amerika yang cuba membela nasib rakyat Palestine..bagi mereka sesiapa sahaja tidak kira agama, harus dihapuskan jika menghalang usaha jahat mereka..

Bagi yang masih belum mempunyai bacaan khusus berkenaan isu Palestine, dicadangkan dapatkan dari Jemaah Islah Malaysia (JIM) iaitu Siri Bebaskan Al-Aqsa, Membeli Sambil Menyumbang (ada lebih kurang 7 buah buku, nipis-nipis sahaja)

Dalam siri buku ini disampaikan dengan ayat yang mudah difahami dari perkara utama wujudkan isu ini hingga kepada pengalaman-pengalaman terkini yang dialami sendiri oleh penulis atau dititip dari rakyat Palestine..tak rugi untuk dimiliki, selain dari dapat memberi kita lebih kefahaman, dapat kita menderma dan yang paling penting dapat kita kongsikan dengan yang terdekat atau untuk tatapan sanak saudara kita yang akan datang..semoga Al-Aqsa selamat.semoga bermanfaat..