Wasiat Imam Syafie
Published by yantie under Buku, Dakwah on 12:33 PMImage dari Ujanailmu
Tgh baca buku di atas (sbb aku hilang mood nak membaca paper...ya Allah permudahkan urusan ku...amin), baru skrg berpeluang sbb next week aku bagi tazkirah (ada hikmah juga ni, at least terbuka jugak buku ni utk di baca)...
Buku ni hasil garapan Khairul Ghazali. Beliau mengupas wasiat-wasiat Imam Syafie dalam bentuk yang mudah untuk kita fahami. Ada 30 wasiat kesemuanya, tak habis lagi diperhalusi, hanya sepintas lalu...tapi ada 3 wasiat yang ingin aku kongsi disini:
1. Awas! Kubur Menunggu Kita - "Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adik dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi" :- Imam Syafie
Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Semua amalan yang kita buat baik atau buruk akan dihitung. Adeh, lately banyak sgt kes kematian mengejut cth: Mati diragut, mati kemalangan ngeri dll...aku pernah terfikir kalaulah itu aku, mcm mana aku nak mengadap Allah?...amalan baik terlalu sedikit, yang dah dibuat pun belum tentu diterima...ya Allah berilah peluang untuk beramal lagi...amin
2. Sebesar-besar keaiban - "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri" :- Imam Syafie

Kita di LARANG memandang dan menyelidiki seterusnya menceritakan keburukan orang lain kerana Ali pernah berkata, Nabi Muhammad SAW memberitahu, "Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri". Maksud hadis ni bukanlah bila kita mendapati kekurangan di dalam diri orang lain, kita jua menyamakan diri kita dengan diri orang itu tetapi adalah cukup bagi kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan cube memperlok dan memperbaiki diri sendiri. Ini kerana perlu diingat keburukan yang ada pada orang lain tidak menyenangkan kita dan begitulah sebaliknya. Macam org kita selalu ckp "satu jari tuding kepada orang lain dan empat jari tuding diri sendiri"
Kalau kita perhati, nature kebanyakkan kita pantang sahaja melihat kekurangan dan keburukan orang lain, terus diperkatakan dan disebarkan dengan alasan gossip. Jom kita pakat memperbaiki diri, sama-sama kita tingkatkan kualiti hidup dalam ibadat, kerja dan segala-galanya supaya Islam gemilang kembali seperti dahulu kala.
Bab larangan membuka aib ni ditekankan sebanyak 2 kali dalam buku ni, satu lagi dalam wasiat bagaimana untuk mencari Hidayah Allah.
3. Kata-kata Hikmat Imam Syafie - "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang soleh":-Imam Syafie
Ada 41 kata-kata hikmat (ada dalam kitab al-Umm), aku tak letak semua la ye...tak larat nak taip sbb lapooorrr...
- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda; tak ada yang tua masakan ada yang muda kan...
- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran; ni tergolong munafik jgk kan??
- Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
- Jagalah ibu bapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamuIlmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu; duh! indahnya...
- Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesalahanmy dengan mendirikan sembahyang; zakat tahun lepas dah langsai belum??
- Sifat menahan marah adalah lebih mulia daripada membalas dendam
- Mengajar adalah belajar; aku seorang pelajar....
- Insan terbahagi kepada 3 iaitu:
a. Mereka yang mengenal Allah
b. Mereka yang mencari kebenaran
c. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
b. Mereka yang mencari kebenaran
c. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
- Golongan terakhir ini adalah golongan paling rendah dan mereka akan ikut sebarang ketua
- secara buta seperti kambing
- Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
- Mereka yang mencari kesilapan diri sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain
- Sebenarnya manusia sedang tidur, tetapi akan bangun apabila mati; ayuh semua pakat bangun sekarang..
Kalau nak baca dan beri perhatian pada wasiat2 ni boleh la dapatkan buku ni...bacaan santai namun amat bermanfaat. Akhir sekali tapi bukan yg paling akhir, tanpa iman dan amal soleh, umat Islam kini menjadi mundur kerana iman dan amal soleh menjadi syart mendapat limpah kurnia nikmat dan rezeki daripada Allah. Kita merasa kita sudah maju, namun jika dilihat makin rendahnya iman umat Islam di negara kita, kita sebenarnya mundur. Semoga umat Islam tersedar dari kelalaian dunia, seterusnya semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam. Amin.