Syukurlah ada kerja

Published by yantie under on 10:52 AM
Ekonomi merosot bawah -1%

Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0
peratus dan 1.0 peratus.
lagi...di sini

aku tak paham bahasa2 ekonomi ni...tp aku rasa kalau negatif tu maknanya teruk la kan...so ekonomi kita skrg mmg dlm keadaan teruk la tu...

bg yg ada kerja syukurlah...

agaknya ni la jugak penyebab tak boleh belajar luar negara ni...ye lah kalau pergi berkeluarga paling sikit perlukan setengah juta sethn utk sara hidup kat luar...hmmm...syukurlah

InsyaAllah yang terbaik

Published by yantie under on 1:39 PM
Setiap hari sejak aku hantar permohonan cuti belajar, aku selalu berdoa "Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk keluarga aku"...dlm hati aku, redho dgn apa jua keputusan

Hari ni, pg2 lagi masuk kerja terus telefon Haryani...tanya apa keputusan permohonan...dimaklumkan tak dapat buat di luar negara sebab duit habis....duit ump la tu yang habis, kalau gi sorg ok lagi sbb KPT yg tanggung, kalau family ump tanggung, tu yg takde duit kot...perasaan aku time tu rasa lega...tak pernah aku rasa setenang ni bila terima apa2 keputusan...sebabnya rasa tak perlu menyusahkan hati peyo lagi...agaknya ni lah yang terbaik untuk kami sekeluarga...

Dekan suruh buat rayuan...tapi aku ada backup plan...dekan pun dah setuju...aku still akan buat rayuan, tapi takut juga prosesnya lambat, better at the same time aku proceed with the backup plan...aku aim thn ni wajib sambung belajar...

Ada terbaca satu kesah sambung belajar ni...aku jadikan ni pun satu batu loncatan...klik sini

Apa yang penting?....belajar bersungguh2!!!!

Budak Menulis

Published by yantie under , on 9:58 AM
Aku tgh menggodek2 laptop..sekali terklik ke folder documents...ada satu file yg aku tak perasan wujud selama ni.."Nama saya Amirah Solihah binti Anuar"...aku budget mesti Amirah ni menulis...tulisannya:

Nama saya Amirah Solihah binti Anuar.

Nama abang saya ialah Muhammad Muqri Naufal bin Anuar.

Nama kakak saya pula Anis Syakirah binti Anuar.

Umur saya 8 tahun.Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 29.Saya belajar macam-macam.Saya seorang yang pendek.Gigi saya pula berbelah di tengah dan hitam. Juga memiliki bibir yang tebal. Abang saya seorang yang pendek. Matanya bulat, kulit hitam, hidung kepek. Kakak saya pula kurus kering, gigi panjang.

tergelak aku...abang saya hidung kepek...hahhaha...korg paham x kepek tu mende?...
ni la budak2 yg digambarkan tu..ni gambar lama, realiti terkini teramat sama dgn gambaran kat atas...:D


Jejak kawan

Published by yantie under , on 4:26 PM
Minggu lepas ke Jb dari hari rabu sampai la ahad....awa mmg confirm org pertama aku kontek...sbb nak tido umah dia plus dah lama sgt tak jumpa...on the way teringat ani...dah 2 kali dtg pontian tapi lupa call ani..so kali ni aku call ani, maklumkan aku di pontian....insyaAllah ada masa aku ke rumah dia...

Hari rabu singgah di pontian, tinggalkan cik n syahirah rumah kakak ku di pontian. Aku ke rumah awa ptg tu juga...lalu ikut kemayan city (seram bila tau citer...kekekeke), mlm tu borak sampai tertidur...tp kali ni kami borak lebih ilmiah..agaknya selari dengan masa dan kematangan...hihihihi..aku mcm biasa suka mendengar apa yg dah awa baca..at least dpt juga ilmu dari takde langsung...opss sebelum tu kami ke pantai lidor (lama dah tak ke sini)..kami mkn steamboat kat tepi tu...duk dlm 2 jam, balik umah..sambung borak...esok dah janji dgn Dr Siti (Prof Dr Siti Mariyam) nak breakfast sama2. Kami dah set appointment hari selasa lagi ni...bangun subuh, Dr Siti sms tanya jadi tak...aku balas jadi (guna henset awa...)..so 7.30am di kafe noor...

Punya la lama tak dtg tmn u, kitorg blh sesat..aku mmg follow je awa...so sarap la kami dgn Dr Siti...sukanya sgt aku jumpa Dr Siti...borak mcm2 sampai lupa amik gambarrrrrrr...alahaiiiii ruginya...lepas ni bila la pulak blh jumpa...mcm biasa kalau jumpa Dr Siti ada aja inspirasi yang tercetus dari ilmu yang beliau miliki...alhamdullillah...

Kami berpisah disitu sementara...aku ke UTM, Dr Siti balik rumah sambung marking paper katanya...awa ke opis dia...ptg tu aku balik semula ke pontian...call awa bagitau aku nak jumpa ani...awa tetiba nak join jugak..so aku bg cadangan, call ani suruh dia masak...kekekekeke...tp sayang ani tgh pening2...so x pe la asal jumpa aja la...kami set mlm jumaat jumpa kat umah ani..

Malam jumaat, aku pergi sorg..asalnya nak bawak syahirah tapi dia tidur...aku sampai dulu rumah ani...awa masih di tampoi...kekeke...lama tak jumpa ani...aku borak2 dulu dgn dia..mcm2 cerita keluar...pasal dolu2...pasal kerja...ani nampak mcm rendah diri dgn keadaan dia sekarang...ala ani...semua ada baik dan buruk...hehehe...tunggu punya tunggu akhirnya awa sampai...ani terus hidangkan kami makan mlm...hahahhaha...tercapai hajat kami nak makan ikan parang...tapi mak ani yg masak...kami mkn nasi berlaukkan ikan parang gulai pontian, ikan parang goreng dan sayur goreng....aku byk mkn ikan...meratah sampai abih...pukul 10 lebih baru balik...

Bila la lagi boleh jumpa korg...ada jugak ani tanya ada tak kemungkinan kita boleh jumpa semua satu rumah?...adeii susah nak jawab...masing2 dah ada komitmen yang lain...tengok la, panjang umur ada rezki jumpa lagi....

Hari ahad plak aku singgah umah awa di batu pahat on the way balik ke kuantan...awa bekalkan aku sambal kicap, pisang goreng, denderam kak mah, cekodok, kerepek n air kosong...abih aku mkn pisang goreng, denderam kak mah dan cekodok on the way tu...

Puas hati la trip kali ni...walaupun tak blh berlama dan tak jumpa semua...

Eh, masa kat fsksm tu technician yang jaga lab tu masih igt aku...pahtu jumpa Cik Mie, Pm Daut, Dolah Bade, Pn Haida etc...syiokkk..

I'm Stucking

Published by yantie under , , on 9:58 AM


antara cucu-cucu Pok Awang n Mokcik Nab

Gambar tidak selari dengan tajuk...sbb mmg i'm stucking...membaca kajian orang lagi susah dari membaca buku-buku FT...

Ada Suka Ada Duka

Published by yantie under , on 9:02 AM
Keluar bekerja pada hari Isnin yang indah ini dengan Bismillah dan dengan azam untuk menggali perkara yang akan dikaji untuk Phd nanti...sampai di pejabat dengan harapan ada tazkirah, boleh la aku mendengar apa2 pengisian rohani atau pun apa2 pengumuman penting...tapi sesi tazkirah hari ini batal...tak pe la..

Masuk bilik, buka laptop...tup2 dihidangkan dengan beberapa berita suka dan duka...lumrah hidup...dimulakan dengan berita duka baru suka..(sbb org kata dalam suka ada duka, better kita dgr duka dulu baru suka..harap2 tiada lagi duka lepas tu)

Berita duka: Rumah kawan aku di JB merangkap juga rumah pensyarah aku (baru jumpa minggu lepas) telah dirampok malam tadi, kat rumah hanya ada adik-adiknya sahaja....duit 6K dan kereta kancil merah (yang selalu kami tumpang) juga dilarikan....alhamdullillah adik-adiknya tak diapa2kan...yg tak bestnya, polis suruh dtg ke balai dulu buat report...alahai abg2 polis, apa la salahnya lebih agresif buat tindakan...dtg ke rumah ambil cap jari ke, buat siasatan kat rumah ke...mcm CSI tu....hmmm..maklum la pensyarah aku tu bukan ahli exco umno...

Berita suka: Banyak berita suka aku dpt hari ini....ada melibatkan fakulti aku dan ada pasal pensyarah kesayangan aku...
1. Dr Adzhar Kamaluddin telah berjaya perolehi Phd (minggu lepas dah tahu ni)
2. Nor Azhar telah berjaya perolehi master (dengan senyum2 tadi dia maklumkan pada aku...dia kata, betul la Pn Yanti (kenapa la dia panggi aku Puan lagi....) mmg miracle..sbb dia risau sgt last 2 weeks, so aku just menenangkan dia...aku kata insyaAllah ada keajaibannya...sbb dah berusaha sedaya upaya tu...alhamdullillah
3. Dua orang doctorate kami telah mendapat DS52
4. Dekan kami Dr Jasni telah menjadi PM Dr Jasni.....tahniah semua...
5. Last but not least, PM Dr Siti Mariyam (heroin aku selepas mak aku) telah berjaya menjadi Profesor Dr Siti Maryam (beberapa bulan yang lepas)...last week jumpa dia...sempat lagi usik2 Prof ni...hehehhehe....terima kasih Prof Dr Siti (janggal rasa sbb dah biasa panggil Dr Siti je) atas galakan selama ini...u are my inspiration...

teruja aku nak pergi sambung belajar ni bila tgk pada byknya berita2 gembira tu....maklumla aku mmg teruja sgt dengan berita seperti dah selamat viva dsb...

last week juga aku telah berbincang dengan sensei dari KIT yang datang ke UTM Jb, bila dah diskus tu rasa clear sikit otak aku yang byk dengan persoalan selama ni....cuma sekarang aku menunggu mesyuarat cuti belajar diadakan...tarikh asal 11/5 tunda ke 15/5, tak sempat dibincangkan permohonan cuti belajar, so tunda lagi pada 21/5..aduh..penantian suatu penyeksaan...Ya Allah permudahkan lah jalannya....

Bahaya Kasut Tumit Tinggi

Published by yantie under on 11:51 AM


Pakai kasut tinggi mmg nampak elegen, bergaya, feminin dan cun lah...tapi aku mmg takleh pakai, mesti nak terpeleot..sbb aku selalu dlm keadaan nak cepat...bila baca artikel dr CAP, rasa 'ok la tu' aku tak pakai kasut tumit tinggi pun...


Nasib baik aku tak suka dan tak boleh pakai kasut tumit tinggi....


Klik di sini untuk tahu akibat pakai kasut tumit tinggi....

Wasiat Imam Syafie

Published by yantie under , on 12:33 PM
Image dari Ujanailmu

Tgh baca buku di atas (sbb aku hilang mood nak membaca paper...ya Allah permudahkan urusan ku...amin), baru skrg berpeluang sbb next week aku bagi tazkirah (ada hikmah juga ni, at least terbuka jugak buku ni utk di baca)...

Buku ni hasil garapan Khairul Ghazali. Beliau mengupas wasiat-wasiat Imam Syafie dalam bentuk yang mudah untuk kita fahami. Ada 30 wasiat kesemuanya, tak habis lagi diperhalusi, hanya sepintas lalu...tapi ada 3 wasiat yang ingin aku kongsi disini:

1. Awas! Kubur Menunggu Kita - "Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adik dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi" :- Imam Syafie

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Semua amalan yang kita buat baik atau buruk akan dihitung. Adeh, lately banyak sgt kes kematian mengejut cth: Mati diragut, mati kemalangan ngeri dll...aku pernah terfikir kalaulah itu aku, mcm mana aku nak mengadap Allah?...amalan baik terlalu sedikit, yang dah dibuat pun belum tentu diterima...ya Allah berilah peluang untuk beramal lagi...amin

2. Sebesar-besar keaiban - "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri" :- Imam Syafie

Kita di LARANG memandang dan menyelidiki seterusnya menceritakan keburukan orang lain kerana Ali pernah berkata, Nabi Muhammad SAW memberitahu, "Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri". Maksud hadis ni bukanlah bila kita mendapati kekurangan di dalam diri orang lain, kita jua menyamakan diri kita dengan diri orang itu tetapi adalah cukup bagi kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan cube memperlok dan memperbaiki diri sendiri. Ini kerana perlu diingat keburukan yang ada pada orang lain tidak menyenangkan kita dan begitulah sebaliknya. Macam org kita selalu ckp "satu jari tuding kepada orang lain dan empat jari tuding diri sendiri"

Kalau kita perhati, nature kebanyakkan kita pantang sahaja melihat kekurangan dan keburukan orang lain, terus diperkatakan dan disebarkan dengan alasan gossip. Jom kita pakat memperbaiki diri, sama-sama kita tingkatkan kualiti hidup dalam ibadat, kerja dan segala-galanya supaya Islam gemilang kembali seperti dahulu kala.

Bab larangan membuka aib ni ditekankan sebanyak 2 kali dalam buku ni, satu lagi dalam wasiat bagaimana untuk mencari Hidayah Allah.

3. Kata-kata Hikmat Imam Syafie - "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang soleh":-Imam Syafie

Ada 41 kata-kata hikmat (ada dalam kitab al-Umm), aku tak letak semua la ye...tak larat nak taip sbb lapooorrr...
  • Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda; tak ada yang tua masakan ada yang muda kan...
  • Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran; ni tergolong munafik jgk kan??
  • Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
  • Jagalah ibu bapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamuIlmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu; duh! indahnya...
  • Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesalahanmy dengan mendirikan sembahyang; zakat tahun lepas dah langsai belum??
  • Sifat menahan marah adalah lebih mulia daripada membalas dendam
  • Mengajar adalah belajar; aku seorang pelajar....
  • Insan terbahagi kepada 3 iaitu:
a. Mereka yang mengenal Allah
b. Mereka yang mencari kebenaran
c. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
  • Golongan terakhir ini adalah golongan paling rendah dan mereka akan ikut sebarang ketua
  • secara buta seperti kambing
  • Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
  • Mereka yang mencari kesilapan diri sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain
  • Sebenarnya manusia sedang tidur, tetapi akan bangun apabila mati; ayuh semua pakat bangun sekarang..

Kalau nak baca dan beri perhatian pada wasiat2 ni boleh la dapatkan buku ni...bacaan santai namun amat bermanfaat. Akhir sekali tapi bukan yg paling akhir, tanpa iman dan amal soleh, umat Islam kini menjadi mundur kerana iman dan amal soleh menjadi syart mendapat limpah kurnia nikmat dan rezeki daripada Allah. Kita merasa kita sudah maju, namun jika dilihat makin rendahnya iman umat Islam di negara kita, kita sebenarnya mundur. Semoga umat Islam tersedar dari kelalaian dunia, seterusnya semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam. Amin.

Makanan itu rezeki

Published by yantie under on 11:42 AM


Filem pendek di atas kawan satu pejabat yang bagi.
Hargai lah makanan yang kita makan sehari-hari. Itu rezeki...ramai yang terlibat dalam menyediakan rezeki...dan ramai juga yang tidak berpeluang menikmati hidangan selengkap kita...jgn membazir dgn alasan diet...ambil makanan setakat yang kita mampu habiskan...jgn berlebih-lebih...

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Published by yantie under on 9:51 AM
Lawak la Malaysia ku tercinta ni....imam menyeru ke arah kebaikan pun kena pecat..(berita di sini) agaknya imam hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang telah disediakan shj..jangan tambah apa2...mcm lembu kena cucuk idung!

dgn kucingnya

Published by yantie under on 1:18 PM


Syahirah dah boleh berjalan...dan kucingnya mesti tak dilupakan...kucing tu abah beli di danga bay...skrg kitorg panggil "syahirah dan kucing tak dapat dipisahkan" mcm irama dan lagu...kekekkee

eh ada pusat?

Published by yantie under on 9:29 AM
woooo..mende ni???..pusat la


tidur dalam iman..zzzzz


Di Pizza Hut KLCC:

bergaya 'hallo' dengan kertas

excited dengar lagu 'happy birthday'




cicicicicicici

Published by yantie under on 1:56 PM
cari ci caku cepatutnya cerkursus, cetapi caku cada cerja cak cuat...cak cena crepare cende cak cresent ce cakal cupervisor cext ceek...

caku cengah cening cace caper...caku chating cengan cawa...cahpu caku cace cagi caper...caku cening cagi...caku ceringat cicicicicici calam cetupat cinta...caku cun cuat centry ci cupaya corang cening cujak...cak cata cepatah:

"cerat cama cipikul, cingan cama cicinjing"...ciciciiciciciicicici