Secebis kisah Natrah

Published by yantie under , on 11:49 AM

Pada Jumaat lepas (15/1/2010) jalan-jalan ke Jalan TAR dan sekitar sekadar nak lepaskan perasaan yang dah lama teringin nak jalan-jalan macam zaman bujang dulu. Di Jalan TAR singgah di kedai buku Pustaka Mukmin. Berhajat sangat nak miliki buku Natrah yang dikeluarkan oleh UTM hasil kajian terperinci oleh Fatini Yaacob (Datin dah rasanya). Cari-cari memang ada. Beli satu RM75. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra ni dah dibaca waktu sekolah dulu. Rasanya waktu sekolah menengah. Buku ni diperkenalkan oleh Abang Mi. Ingat lagi dia pesan: “Jaga molek buku ni, sayang ni”..mungkin sayang maksud dia tu supaya jaga elok-elok untuk tatapan di masa hadapan. Seingat aku buku ni (seperti gambar 1) agak usang (kulit dah agak lunyai, kertas warna kuning) hasil karya Haja Maideen..tak pasti dari mana Abang Mi dapat, mungkin dari Arwah Ayah Teh. Buku ni telah menarik perhatian aku tentang isu Natrah, cuma waktu tu internet tiada untuk tahu lebih lanjut cuma harapkan majalah aja..pernah terbaca (lupa dari majalah atau buku) yang menyatakan Che Aminah adalah orang gaji pada keluarga Natrah semasa di Bandung..fitnah sungguh, Che Aminah adalah bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an) beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Berbalik pada buku ni, terakhir balik kampung aku cari semula buku ni, tapi tak tau dalam simpanan siapa. Aku rasa Abang Mi simpan. Berbeza dengan buku terbitan UTM ini (gambar 2) yang lebih terperinci. Ada keratan-keratan akhbar sekitar kisah Natrah dan gambar-gambar yang terdahulu hingga yang terkini bulan 8 2009 sebelum Natrah meninggal.

1: Buku lama dari Haja Maideen

2: Buku baru dari Fatini Yaacob

Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah..hebatkan!!). Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh. Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah..kesian Che Aminah..kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan…

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che Aminah…daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain)..dan..Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah..dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu..

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Biasanya ada yang akan komen, “tu la kawin sangat dengan orang luar”..apa lah nasib anak tu nanti..mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah..macam mana?..(aku menulis entri ini dengan rasa sayu dan insaf)

p/s: aku tak boleh buat kerja lain selagi tak habis baca buku ni…malam tadi masa tidur terasa berada dalam zaman Natrah…buku ni wajib dijaga untuk bacaan akan datang..aku kategorikan buku ni “wajib ada”..

Hanya Allah SWT yang mengetahui

Published by yantie under , , on 10:16 AM
Lama sungguh tidak kemaskini blog ini, masa 24 jam diberi bukan alasan untuk kata tidak ada masa, yang sebenarnya tak ada ilmu bermanfaat nak dikongsi dalam 2 bulan ni..kalau tentang Syahirah memang dah banyak perkembangan dia, dah pandai ikut arahan, dah boleh cakap sikit, dah pandai mengira one-ten, satu-sepuluh (tapi dalam bahasa dia..dua=duais, empat=ampais, sepuluh=pupuh)..hehehe..budak-budak biasalah

Sempena tahun baru yang baru menjelma, aku nak ucap juga selamat tahun baru (terlambat sikit)..tahun ni tak ada diari percuma dari UMP, sebelum masuk tahun baru, aku jalan-jalan di MPH hajat nak beli satu diari..aku bukan lah menulis diari macam apa dibuat hari ni dan sebagainya, diari ni digunakan hanya untuk rekod apa yang akan aku buat esoknya dan pada tarikh-tarikh tertentu..dengan harapan tidak lupa perkara penting, dan juga bayaran-bayaran hutang yang dibuat perlu dicatat di planner..wajib!!

Tahun ni aku beli satu diari Islamiah yang menarik perhatian aku sebab dalam tu ada beberapa nota disertakan contoh: Aurat dan Matlamat, Solat membezakan Islam dan Kafir, Yahudi pendatang di Tanah Arab dan paling aku suka ada carta keluarga Nabi Muhammad SAW..

Kali ni aku nak kongsi satu nota dari diari ni semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

Enam perkara yang Allah SWT sembunyikan:
1. Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Nak ulas panjang-panjang tak cukup ilmu. Cukuplah dulu sekadar kongsi nota ini.

p/s: Pesta Buku 2010 tak sampai 2 bulan saja lagi...aku dah senaraikan target..anda bagaimana?..hehehe

How do we feel?

Published by yantie under on 2:13 PM
A picture tells a thousands story....the picture was taken on 1993 by photojournalist..he won Pulitzer prize for this picture..the kid was crawling to get some food..suffer enough..how do we feel? (a brief explanation regarding this story is here)

p/s: this is might be a very long time story..but how many of us still remember it?, don't be selfish because we are in comfort environment..may Allah bless the kid and all the kids, people who are starving out there...amin

Never Giveup

Published by yantie under , on 9:39 AM
Do you feel like giving up?..think again..are you handicap?..or are you normal, perfect person?..if your are perfect person please do watching the following video..





Above is about Nick Vujicic (know more about him here), he is a motivator with no arm and leg..but he never give up...

I post these videos here as a motivation to me, to all people around me..whenever we feel like giving up, please do remember that we are still lucky compared to Nick Vujicic..

p/s: still remember Amir?..

Belum Sebat

Published by yantie under on 10:02 AM
Pagi-pagi masuk lab, rakan satu lab mengeluarkan isu Kartika yang belum di sebat. Bukan salah Kartika, tapi ramai sangat yang berlagak mereka lebih ilmu agama dari hakim mahkamah syariah yang telah menjatuhkan hukuman dan sedang bermain kata-kata untuk menyekat hukuman dilaksanakan. SIS lah, JAG lah dan tak ketinggalan ada yang menjadi pemimpin pun berusaha menyekat hukuman ini. Mungkin bagi mereka isu arak adalah hak individu, bukan jenayah. Kenapa mereka terlalu tidak setuju dengan hukuman ini? Aku yang cetek ilmu agama telah diajar bahawa arak adalah punca segala kejahatan dan memang wajib dibendung. Kesian juga dengan Kartika, dia menjadi bahan kontroversi oleh pihak yang pada aku sebenarnya mempertahankan diri sendiri. Mungkin Kartika telah insaf, semoga keinsafan dia kekal.

Dulu pernah sekali pelajar aku (waktu kerja dengan MARA) di tangkap memiliki arak di dalam bilik asrama. Bila ditangkap, pelajar tersebut mengaku dia selalu beli arak setiap kali keluar ke bandar. Setelah dinasihati oleh ustaz, budak ini dengan angkuh menyatakan: "My mom said it's okay to drink arak"...mengeluh..

Gambar di atas adalah ketika menghadiri satu pesta di Dalian, China. Aku sangkakan pesta macam pesta bunga api, rupa-rupanya pesta arak. Ada banyak booth, semuanya mempromosikan arak masing-masing. Membazir duitku sebanyak RMB30 (kot, lupa dah). 2 orang profesor dalam gambar (dari UK dan USA) mengekspresikan wajah mereka dengan kelat, sebab mereka kata ini sudah terlebih moden. Tempat mereka tak ada macam ini. Profesor dari USA tu cakap, bahaya untuk minda kanak-kanak (sebab kanak-kanak pun ada datang). Aku sangkakan mereka akan minum sama, rupa-rupa mereka yang ajak kami balik awal. Seorang lagi profesor yang tersengih tu dari Jepun. Dia pilih untuk minum, dan esoknya dia bagitau dia minum sampai pagi....gambar di bawah pula wanita-wanita genit digunakan untuk menarik perhatian peminum-peminum dengan gaya ala-ala tarian bogel..(gambar tak clear sebab maksiat sgt kot..)


Boleh lihat di blog Saiful Islam, dasatnya manusia menyukai arak..rupa-rupa Irish bangsa yang senonim dengan arak..ku sangka bangsa lain...

.: Mereng :.

Published by yantie under on 11:37 AM
Jumaat yg pening..cari blog lama, jumpa!!!..refreshing memory:

.: MeREng kah kami??? :.

Assalamualaikum n salam sejahtera

sepai sepai sungguh leee...fluuuuuuu...sabar, penyakit dpt hapuskan dosa kecik selagi tak buat dosa besar...blurrrrr....zzzzzzzzzz...haa..ada satu cerita..

Ada 3 org gadis sempurna (Alhamdullillah..) yg aku namakan gadis A,B dan C..lepas makan mlm ngan member2 yg lain, diorg sebulat suara nak meronda kat kedai cd..masuk la tiga org gadis ni...pastu seperti biasa diorg membelek2 vcd sambil mulut tak diam.. setiap vcd yg disentuh mesti disusuli dengan komen2 yang membina dan meruntuh..pastu diorg pergi la plak ke bahagian cd lagu..si gadis A dan B sibuk membelek cd lagu2 melayu dan mat saleh..sementara gadis C sibuk mengusha kaset2..sekali dtg sorg brother..yg aku namakan Bro Q..tanpa memberi salam Bro Q menyapa:

Bro Q: Ada nampak cd Sheila Majid tak?
Gds B: Ala abang download je kat internet..
Gds A: Aha..kitorg download kat internet je..banyak...
Bro Q: Eh tak boleh, saya nak test dgn player, so kene beli yg ori..
(Gds B n A terkedu..sbb salah org..Gds B ketawa terbahak2 sbb malu sbnrnya..kira nak cover malu la tu...)
Bro Q: Eh eh, seronoknye die ketawa...
(Dlm2 gelak tu pun, Gds B n A tetap tlg carikkan jugak..)
Gds A: Ala baik abg beli je cd clay ni..(sempat lagi promote..masih gelak...)
Bro Q: "gelak jeeee.."
Bro Q: Kamu ni student UTM ke?
Gds A n B: Aha...
Bro Q: Padan le ceria UTM, ada korg...
Gds A: Sbb dah mereng tu yg jadi mcm ni ni bang..
(Masih dlm mood gelakkk..)
Bro Q: "gelak same"...tahun akhir ke?
Gds A: Aha, dah 2 kali tahun akhir..
(Watak Gds C muncul)
Gds C: Ni percubaan kali ke 2 kitorg..
Bro Q: Oooo..amik master ke?
Gds A: Aha..
(Berlangsung la perbualan dlm suasana sempoi berkaitan master...sementara Gds B sibuk duk tlg carikkan cd Sheila Majid..pastu giliran Gds C pulak tlg carikkan...sementara Gds A n B masih gelak2 tanpa diketahui butir2 motif gelakkan diorg..tapi dipercayai mesti berkaitan cd..)
Bro Q: Korang ni sc comp software ke hardware?..
Gds A: Software..
Bro Q: Tempat saya ada nak pakai dlm bidang software..
Gds A: Kitorg nak keje mcm abang..test player..boleh selalu dgr lagu..
Bro Q: "diam je..mesti dlm ati:"bagi betis nak peha""..
(Mereka meneruskan usaha mencari cd SM..apsal la nak cd SM..SO7 kan ade..)
Bro Q: Awak nampak waras drp yg lain..(sambil fokus kpd Gds C)
Gds C: "Terkedu dgn perkataan waras..sambil menjawab"..
Gds C: Sebab saya dah kenyang tu pasal waras sikit..
Bro Q: "Muke berkerut: "laaaa..mereng jugak rupenye budak ni...""
Gds C: Beli la cd Siti ke..
Bro Q: Tak boleh, suara Sheila Majid pitching die tinggi..sesuai..
Gds C: Dia ni pitching bagus...(sambil menuding ke Gds A)
Gds A: Aha..saya Malaysian Idol next week...
Bro Q: "bluuuurrrr"...(mesti tak tau tu)..
(Dah penat2 tlg carikkan..gadis2 yg dikatakan mereng ni dengan baik ati syorkan abg tu pegi kedai sebelah)..
Gds A: Sori la bang, kitorg tak keje kat sini, jadi tak tau laa..
(Tanpa berlengah abang tu terus ke sebelah...mungkin dlm ati: "kesian..nampak mcm ok...tapi kureng rupenye..."..die berlalu tanpa mengucapkan terima kasih)
(Takpe la bang..mereng pun mereng la..janji bukan moron)
Ketiga2 gadis tu pun balik umah..nak merehatkan kemerengan ari tu...
Gitu la kesah..sape yg mereng?..pilihan di tgn anda..

Sabai Sabai by Thongchai McIntyre..

Mahal ke Sky Juice

Published by yantie under on 4:33 PM
Dalam restoran nasi lemak yang best di Taman Universiti (restoran ala2 fast food)

A dan B berkira-kira nak order apa...makanan dah, minuman pula...

A: Nak air apa ek?
B: Hmmm...sky juice ok?
A: Uisshhh...mahal kang (maklum la student, berjimat cermat amalan student)
B: *muka blur sambil pandang A
A: Eh tak mahal ke?
B: Ko tau tak sky juice tu apa?
A: Apa? Jus apa?
B: Sky juice tu air kosong la..
A: haahaahhahhahaa..ok boleh la...(sambil menahan muka malu)

Itu berlaku 10 tahun yang lampau..sekarang A dah tahu banyak nama-nama makanan dan minuman yang dipaparkan di menu2 restoran...hik