Ketupat Cinta

Published by yantie under on 5:27 PM

Ketupat Cinta (musim pertama) khatam sudah aku baca. Gambar di atas sengaja aku letak sebab kalau gambar kulit buku novel boleh tengok sendiri di blog FT, gambar ni kasi panas sikit...kekekkeke..kalau rasa2 nak buat analisis tulisan, silalah klik gambar untuk lihat lebih jelas...hahahhahaha...mula2 tak pasti kenapa FT tulis Selamat Menjamu Selera...dah baca baru faham...

Novel yang ni adalah permulaan cerita, nanti akan ada lagi sambungan. Kisah musim pertama ni menyingkap sejarah 2 zaman pemerintahan iaitu Parameswara dan Sultan Alauddin yang tiada di dalam buku teks kita dulu. Pada awalnya kisah berkisar tentan Sultan Alauddin, di mana baginda telah dibunuh oleh permaisuri sendiri, namun tidaklah diketahui apa puncanya lagi. Kemudian telah dikambing hitamkan kepada Tun Lepat (gerau==chef di raja). Kiranya Tun Lepat yang telah menceritakan segala pergolakan perebutan kuasa, mainan politik di zaman Sultan Alauddin dan Parameswara. Adapun Tun Lepat ini asalnya anak saudara kepada gerau Musa al-Kadzim iaitu chef di zaman Parameswara. Jadi Tun Lepat banyak menceritakan perihal kejadian semasa zaman Parameswara meskipun dia masih kanak-kanak. Tun Lepat ini tiadalah jua dia menceritakan sendiri kepada kita, tetapi kepada salah seorang banduan semasa dalam tahanan kerana diingatkan lagi Tun Lepat ini telah dikambing hitamkan mengatakan dia yang telah membunuh Sultan Alauddin.

Buku ini memang menggunakan bahasa Melayu Klasik yang indah. Suka aku membacanya. Di selang seli dengan jenaka2 sinis yang terkena batang hidung org2 zaman kita ni. Dalam sambil-sambil berkisah tentang politik dalaman istana, politik dapur ada diselitkan asal kejadian masakan yang kita makan sekarang seperti kuih nagasari, nasik minyak, bubur asyura dan banyak lagi. Kadang-kadang terasa mcm baca buku resepi. Kecur air liur...(awa pandainya FT ni memasak...kekekekekke)

Apa yang berlaku di zaman dahulu berulang berlaku pada zaman kita. Contohnya dari seberat-berat kes seperti pembunuhan kejam bagi mengelakkan terbongkar rahsia setelah melakukan perkara jahat demi merebut kuasa hinggalah yang paling simple seperti wujud Akademi Masakan (realiti show ni)...

Setiap cerita ada iktibar dan dakwahnya. Sama juga buku ni. Antaranya:

1. Bila kita menjamah rezeki, jgn lupa membaca doa dgn kusyuk kerana mensyukuri rezeki yang ada. Rezeki itu bukan dtg terus kepada kita tapi rami org terlibat dalam memberi kita rezeki itu. Contohnya sebutir nasi, ada petani yang bercucuk tanam padi, membajak, terus ke pemborong beras, ke kedai ada penjual, kemudian ke tukang masak yang memasaknya. Jadi mmg wajar kita mensyukuri nikmat tersebut. Bukanlah ia datang bergolek.

2. Iman yang sempurna adalah dengan beriman kepada Allah, Nabi SAW dan ahlul bait (boleh la baca buku ini utk keterangan lanjut..byk hadis diutarakan utk kita perhatikan)

3. Membuat amar mahruf nahi mungkar bukan semudah ABC. Banyak perkara perlu dilihat (dulu aku igt senang aje, tahu perkara tersebut salah perlu di halang..rupanya bukan) Mencegah mungkar perlu memenuhi beberapa syarat. Si pencegah kemungkaran perlu ada ilmu (paling minima dalam hal yang ingin ditegah). Kemudian perlu diambilkira ada kesan atau tidak. Jika perkara yang ingin dicegah tidak memberi kesan, maka gugur wajib pencegahan tersebut. Perlu juga lihat kesan kepada Islam atau tidak. Jika tiada kesan, perlu diketahui siapa yang akan terkesan terlebih dahulu. Dan ada lagi...pendek kata Islam ini perlukan kesederhanaan sampailah hal-hal mencegah kemungkaran. Perlu ada pertimbangan, bukan samborono je buat.

4. Bila memasak jgn lupa bismillah dan berselawat, semoga berkat.

5. Yang paling penting JANGAN MALU MENJADI MELAYU. Tiada Melayu itu maknanya 'melayu' tetapi sopan, penuh beradab, ada tata tertibnya..indah sungguh!!!

Byk lagi, silalah dapatkan buku ni...x rugi baca...

Ceritera ni berakhir sementara di mana Tun Lepat telah lari ke Madinah (kerana di arah oleh pakciknya yang telah difitnah dan dibunuh oleh Tun Rosjah, permaisuri Parameswara). Tun Rosjah juga telah terbunuh (mungkin balasan Allah atas kejahatan yang dia lakukan dengan membunuh alim ulamak gerau Musa al-Kadzim). Kemudian Parameswara memiliki permaisuri baru iaitu Tun Halimah (Pengetua Akademi Masakan). Tun Halimah di akhir cerita memujuk Tun Lepat kembali ke Melaka melalu surat. Jadi, tunggu sambungan nanti...pendek kata manusia kalau dah gila kuasa semua perkara haram sanggup buat..:D

Kisah cinta tak banyak sgt dalam buku ni, cuma cinta rakus banyak lah..maklumla masa tu Islam baru hendak bertapak...

Antara perumpaan yang gelihati aku bila baca:
1. Fesyen rambut kembang rosmah
2. Gelojoh nuar
3. Raden Jaya, nama manja RaJim iaitu huruf ra dan jim == RJ ala2 KJ gitu
4. Miang-miang rajoli

Rasa mcm duk di alam kesultanan melayu lama pulak bila baca buku ni...dah 3 malam aku mimpi duk di istana lama...kekekekekkeke..

Ok selamat menjamu selera, jgn lupa dptkan buku ni...