Kisah Pelajarku

Published by yantie under on 9:32 AM
Minggu ni aku masuk kelas dengan senyum lebar..

Aku: "Wah!, cantik dan hensem nya semua student saya.."
Student:"Hehhehehe, terima kasih puan..."
Aku:"Baru la rasa seronok saya nak mengajar, awak pun mesti seronok nak belajar kan?"
Student:"Ya Puan.......................!!!!!!!"..bunyi mcm dalam terpaksa...hehehhee

Semua student aku pakai dgn cantik tiada lagi t-shirt2 lusuh, jeans lusuh, stokin busuk etc...

Sem ni aku cuba nak perbaiki kelemahan utama aku dlm mengajar iaitu kurang sabar bila berdepan dengan pelajar lemah...dan juga aku nak tolong pelajar yang fail subjek programming...sbb subjek aku ni nak pakai programming, kalau fail subjek programming mcm mana nak teruskan subjek aku ni...

So masa lab, aku dapati ada la 2-3 org yang mmg stuck habis dgn programming...mcm tak tau nak mulakan kat mana...aku pun ambil inisiatif duduk sebelah sorg budak ni, mintak dia mulakan programming sambil aku bagi hints...dan budak tu berjaya buat...aku tahan kesabaran aku bila budak ni mcm blur2 je...akhirnya dia berjaya buat apa yang aku suruh...

Aku bagitau kat student sape2 yang memerlukan bantuan sila jumpa aku pada rabu petang...aku sanggup korbankan masa aku yang sepatutnya untuk kerja lain tapi aku gunakan untuk ajar personally programming pada yang memerlukan...respon memberangsangkan..ramai yang nak diajar...aku ckp sila call dulu untuk set masa...

Semalam pagi (rabu) aku terima call dari sorg student...

telefon bunyi, aku angkat...dgr suara student:

"Puan, pukul 2 boleh"...amboiii takde salam takde apa terus tanya mcm tu...mana hilangnya soft skill anda wahai generasi baru???

Aku jawab "Bagi la salam dulu, kenalkan diri..bersopan santun la sikit"...
Student jawab "Hehhehe, maaf puan, saya nama dia, boleh tak saya jumpa puan pukul 2 ptg ni?.."
Haaa mcm tu la berkomunikasi dengan orang tak kira la sape pun...
Aku jawab "Datang la dalam pukul 2.15 ok..."
Student jawab "Ok, terima kasih puan..."...
Aku jawab "sama-sama"...

Pahtu dlm pukul 10 lebih ada plak sms dari student lain: "Puan, saya tak dapat datang jumpa puan petang ni, saya belum bersedia"...student ni aku suruh dia dtg sbb dia lemah sgt programming..

Dlm hati aku, hmmmm apa yang tak sedia ntah..dtg je la kalau nak belajar..suka hati hang la (dah tercabar dah sikit kesabaran aku ni) tapi aku balas jugak sms dia:"Ok, wat latihan programming then dtg tunjuk saya nanti"...aku taknak dia dtg dgn tangan kosong sbnrnya..

So petang semlm aku ngajar la budak yang janji nak dtg tu...budak tu nampak ada sinar harapan dia dlm programming...aku bagi a few exercises lagi untuk dia practice....

Yg student lain ntah ke mana hilang....aku akan tolong mana yg nak ditolong, yg tak mau ditolong jika fail lagi subjek ni, tanggung sendiri...

Tapikan aku rasa pendekatan pensyarah secara memberi kuliah umum boleh diterima oleh majoriti pelajar namun ada minoriti yang memerlukan perhatian khusus untuk dia baru dia boleh faham subjek tersebut..sbb student yg lemah tu bila di ajar hanya utk dia, dia faham dan boleh wat soalan yg diberi..hmmm...so pensyarah, jgn la kita tahu mengajar budak pandai sahaja, budak lemah pun perlu diajar tapi dengan approach berbeza...
p/s: beruntung anda belajar di Uni kecik mcm ni, lect amik tau...igt2 la ye...