Pagi-pagi masuk lab, rakan satu lab mengeluarkan isu Kartika yang belum di sebat. Bukan salah Kartika, tapi ramai sangat yang berlagak mereka lebih ilmu agama dari hakim mahkamah syariah yang telah menjatuhkan hukuman dan sedang bermain kata-kata untuk menyekat hukuman dilaksanakan. SIS lah, JAG lah dan tak ketinggalan ada yang menjadi pemimpin pun berusaha menyekat hukuman ini. Mungkin bagi mereka isu arak adalah hak individu, bukan jenayah. Kenapa mereka terlalu tidak setuju dengan hukuman ini? Aku yang cetek ilmu agama telah diajar bahawa arak adalah punca segala kejahatan dan memang wajib dibendung. Kesian juga dengan Kartika, dia menjadi bahan kontroversi oleh pihak yang pada aku sebenarnya mempertahankan diri sendiri. Mungkin Kartika telah insaf, semoga keinsafan dia kekal.
Dulu pernah sekali pelajar aku (waktu kerja dengan MARA) di tangkap memiliki arak di dalam bilik asrama. Bila ditangkap, pelajar tersebut mengaku dia selalu beli arak setiap kali keluar ke bandar. Setelah dinasihati oleh ustaz, budak ini dengan angkuh menyatakan: "My mom said it's okay to drink arak"...mengeluh..
Gambar di atas adalah ketika menghadiri satu pesta di Dalian, China. Aku sangkakan pesta macam pesta bunga api, rupa-rupanya pesta arak. Ada banyak booth, semuanya mempromosikan arak masing-masing. Membazir duitku sebanyak RMB30 (kot, lupa dah). 2 orang profesor dalam gambar (dari UK dan USA) mengekspresikan wajah mereka dengan kelat, sebab mereka kata ini sudah terlebih moden. Tempat mereka tak ada macam ini. Profesor dari USA tu cakap, bahaya untuk minda kanak-kanak (sebab kanak-kanak pun ada datang). Aku sangkakan mereka akan minum sama, rupa-rupa mereka yang ajak kami balik awal. Seorang lagi profesor yang tersengih tu dari Jepun. Dia pilih untuk minum, dan esoknya dia bagitau dia minum sampai pagi....gambar di bawah pula wanita-wanita genit digunakan untuk menarik perhatian peminum-peminum dengan gaya ala-ala tarian bogel..(gambar tak clear sebab maksiat sgt kot..)
Boleh lihat di blog
Saiful Islam, dasatnya manusia menyukai arak..rupa-rupa Irish bangsa yang senonim dengan arak..ku sangka bangsa lain...