Anak sedaraku yg berilmu...muah muah muah
Published by yantie under Anak Sedaraku on 8:33 AMMinggu lepas baru selesai berlangsung Tilawah Al-Quran di tempat kakak aku di Setiu, Terengganu. Tahun ini wakil sekolah dia adalah Muqri dan Syakirah. Kedua-duanya anak dia. Syakirah yang sulung, Muqri yg tengah.
Muqri mengekalkan kecemerlangan dia dalam bertilawah dengan menjadi Johan. Sementara Syahkirah baru pertama kali menyertai tahun ini dan Johan. Kalau tahun lepas adik mereka iaitu Amirah Solehah yang sertai untuk kategori perempuan dan juga Johan.
Pencapaian tahun lepas, Muqri mewakili Negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan namun hanya mendapat saguhati. Apa-apa pun tahniah. Sementara Amirah mewakili Daerah. Amirah waktu itu baru darjah 2. Sungguh comel bertilawah di atas pentas sambil kaki terjuntai sbb dia pendek...kekekke..
Tahun ini di harap Muqri mampu mencipta tahap yang sama atau lebih daripada tahun lepas. Di harap juga Syakirah dapat membuat perkara yang sama.
Mereka ni memang pandai mengaji, dengan tajwid yang betul dan dgn lenggok yg asyik... kadang2 diorg yg tegur aku kalau ngaji tersalah tajwid...kekekke...
Harap terus mcm ni boleh jadi Ilmuan Ulul Albab..insyaAllah..amin..