Tuhan Manusia
Published by yantie under Buku, Dakwah on 9:59 AMBuku hasil tulisan Abg Faisal (panggilan manja dari penggemar penulis ni, aku pinjam sat panggilan ni)....
Ni la pertama kali dlm hidup aku, aku berjaya habiskan buku dari Faisal Tehrani..sebelum ni x habis sbb tak terdaya nak pahamkan..
Buku ni novel dakwah...kisah seorg remaja yang mencari ilmu falsafah yg biasanya remaja golongan beliau tidak minat...namanya Ali Taqi..Taqi menjadi bersungguh2 menimba ilmu ini kerana satu peristiwa yang amat menyeksa dia dan keluarga..iaitu abang dia Talha telah murtad...dari situ dia merasakan perlu remaja seperti dia didedahkan dengan ilmu agama yang sebenar dari awal supaya mampu menghadapi segala perkara yang diputarbelit pada masa akan datang...abg dia murtad disebabkan selalu memikir sesuatu secara logik dan rasional bukan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah...
Dalam buku ni mcm2 perbahasan diutarakan...ada juga pelbagai watak..Zehra merupakan seorg anak gadis yang terpengaruh dgn ideologi bapanya tentang pluralisme...kesamaan semua agama..bapanya seorg peguam yang telah membantu Talha murtad..mainan emosi berlaku bila Taqi inginkan penjelasan dari bapa Zehra (Aris) apa perasaan dia bila dia membantu Talha murtad..Aris terkedu dan bagi aku maybe dia dah mula tersedar bahawa ideologi dia sebenarnya membawa musibah besar kepada masyarakat..
Zehra juga percaya kalau org Islam ingin murtad, dibolehkan kerana kebebasan beragama...masa ni Taqi sungguh marah tp dia masih bertahan mendengar semua hujah Zehra sebelum dia membalas dengan lebih tajam dan menyebabkan Zehra terdiam...
Taqi ni tidak jemu melengkapkan diri dengan ilmu falsafah yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah...Al-Quran ni lengkap utk semua sebagai panduan dalam hidup...bukan sekadar ritual...
Sebagai umat Islam, kita perlu mencari cara hidup yang sebenar dgn berpandukan Al-Quran, Al-Quran tidak direct menyatakan sesuatu..itu lah fungsi kita untuk mengkaji dan kaitkan dengan kehidupan seharian..
"Pluralisme lahir dari Liberalisme, Liberalisme lahir dari Sekularisme"..kalau kita perhati pun kat negara kita dah ada yang menerima semua agama sama...
Rasa syahdu bila baca buku ni..rasa kerdil sgt...sbb lalai dalam hidup..buku ni mmg padat dgn ilmu..sambil baca sambil kaitkan dengan realiti skrg...cth ada yg kata jgn campur adukkan agama dan politik...salah la kan..mmg kena ada berpandukan agama bila berpolitik sbb itulah the way of lives..dah abih baca mlm tadi siap terbawa2 dlm mimpi...tapi bukan berdebat la..just rasa mcm masih membaca buku tu...
Aku alu2kan org ramai terutama remaja2 bacalah buku ni...boleh dijadikan peringatan utk semua...
Buku ni dibeli tanpa rancangan..sebenarnya masa order dalam web ujanailmu, aku order buku "Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad" pahtu browse lagi buku2 lain..sekali terpandang buku ni..tak igtkan sape penulisnya masa tu..tapi rasa tertarik dgn tajuknya "Tuhan Manusia"..mcm motto UTM "Kerana Tuhan, Untuk Manusia"..rasa nak beli...klik order baru perasan dari Faisal Tehrani...terus alamak, boleh ke baca ni..sbb dulu pernah nak baca 1515 kat bilik kawan di loteng rumah sewaku..baca 1-2 mukasurat, letak semula, baca lagi 1-2 mukasurat last2 malas sbb bahasa simbolik..tp aku tetap beli juga "Tuhan Manusia"..bila baca ayatnya boleh difahami dengan syarat kena berfikir...
Kawan, ada sorg kat office aku ni peminat Faisal...boleh la ko geng ngan dia...
p/s: suratkhabar nyamuk tu apa? :))