dah hampir 2 tahun

Published by yantie under on 11:56 AM


Pejam celik, pejam celik dah hampir 2 tahun aku bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja program baru untuk fakulti..byknya suka duka dan pressure yang aku hadapi dlm tempoh ni..

Sepanjang tempoh ni dah 3 org dekan silih berganti yang memantau kerja aku dengan 2 org TDA yg juga silih berganti...bagi aku pengalaman ni mmg tak dpt aku lupa sampai bila2...bayangkan program baru yang hendak ditubuhkan diserahkan sebulat2nya kepada seorg individu yang baru bertatih dalam bidang pengurusan...bagi aku (pendapat peribadi) kerja program baru yang perlu dijalankan untuk satu cycle selama 31/2 tahun perlu dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa..bukan individu...

Masa aku ambil alih, yang ada hanya data berapa bakal pelajar..(survey ini dijalankan beramai2, tak termasuk aku)..then aku ambil alih dengan merangka kurikulum, mencari silibus...semua dibuat seorg diri...bila nak bangkitkan soal jawatankuasa, semua org diam..aku paham, fakulti kami waktu tu tiada org berpengalaman...tapi prinsip aku, setiap kerja perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada pemantauan oleh org yang lagi atas dari kita..bukan dibiarkan tanpa hala tuju..

Ok dah siap merangka dan mencari kurikulum, di bawa masuk ke TNCA (waktu ni dah bertukar dekan ke 3 - current)..TNCA minta buat BOS dulu...ahli pengurusan fakulti, wakil IPTA lain dan wakil industri..sebelum ini aku diminta buat mesyuarat dengan wakil industri sahaja..so mula2 rasa useless mesyuarat pertama yg dibuat dulu...

Sebelum BOS aku diminta buat kajian pasaran, bila masuk BOS TNCA kata tak sesuai kajian tu perlu buat yang lain...buat yang lain tapi method yang sama...then masuk JKTS..baru tau method kajian tu salah..kena guna set soalan KPT...adeeeeeeiiiii..kenapa takde org yang bertanggungjawab bagitau...mmg aku teramat la gabra time tu..yelah, Senat dah dekat, kajian pasaran kena buat semula...bukan senang nak dapat feedback dari org luar..

So aku bertungkus lumus, mintak org bawah jabatan aku kerja bersama...Alhamdullillah dapat la 23 out of 100 responden yang bagi feedback..tapi masa masuk Senat aku tak bentangkan kajian ni sbb diorg pon tak tanya..hehehe..

Then kena ada jugak ulasan wakil industri...kalau ikutkan TNCA mintak 5 orang wakil..mana sempat nak dptkan dlm tempoh singkat ni..so aku guna semula ulasan dari first meeting dgn wakil industri dulu..harap2 berguna..

Pahtu dah nak hantar dapat tahu kena buat matrik Learning Outcome & Soft Skill pulak...adoii...yg ni mintak tlg TDA ajarkan..Alhamdullillah siap..

Semalam (Rabu-9 Oktober 2008), aku dengan penuh tawakalnya menghantar kertas kerja ni kepada JHEAA untuk dihantar ke KPT...usaha sudah, doa sudah, tawakal pula mengambil tempat...

Dalam proses menyiapkan kertas kerja ni aku kena darah tinggi (time pregnant)..org kata normal la tu sbb pregnant..aku rasa tak..bukan sbb pregnant.tapi sbb pressure yg teramat.. ye la, aku nak cuti bersalin, kerja byk tak siap lagi, dateline dah dekat..byk mende nak kena setel sebelum bercuti..balik kerja selalu maghrib, kat rumah sambung lagi..esoknya pagi2 nak kene ke klinik..duk di klinik dah sampai pukul 12..masuk opis ada meeting menunggu..bila masa nak wat kerja..sampai pressure yg amat.minggu ke 33 aku dpt high blood pressure..minggu ke 34 aku kena operate..sian Syahirah lahir kecik je kesan dari pressure..Alhamdullillah dia makin sihat dan tak byk ragam..

Pengajaran kalau nak buat program baru lagi:
1. Setup jawatankuasa biar ramai staff yang tahu prosedurnya
2. Dapatkan selengkapnyaproses yang perlu dibuat
3. Dapatkan dokumen yang lengkap untuk rujukan
4. Berdoa semoga dapat ketua yang jelas dan membantu...

Semoga semuanya dipermudahkan....