Sempat Ke?

Published by yantie under on 11:44 AM
Hari ini (30/4/2009) aku dah bentang proposal Phd untuk dapatkan kelulusan fakulti. Alhamdullilah dah selesai dan sudah diluluskan. Proses seterusnya:

1. Fakulti hantar ke bahagian cuti belajar
2. Dapatkan sokongan dari TNC(A)
3. Dapatkan sokongan NC
4. Mohon kelulusan KPT
5. Pergi BTN (boleh x kalau aku nak gi awal?...)
6. Uruskan visa etc.
7. Ogos: ke Iizuka, Japan...
8. Daftar di Kyushu Institute of Tech (Kyutech)

Sekarang dah nak masuk bulan 5...bulan 7 kena setel semua...sempat ke?

Peringatan Untuk Semua

Published by yantie under on 8:42 AM
Ada kawan cerita, ada kawan (X) seorang lagi kena rompak bersenjata hujung minggu lepas. Ceritanya macam ini:

X pergi ke satu bank pada jam 9 malam untuk masukkan duit di ATM. X meletakkan keretanya di tempat letak kereta di hadapan bank tersebut la. Ada lagi sebuah kereta lain ikut sama meletakkan kereta di sebelah kereta X. Kemudian X keluar dari kereta dengan membawa dompet dia. Tiba-tiba datang sebuah motorsikal, dan si penunggang/pembonceng (lupa) terus acu pisau ke perut X sambil kata, "Bagi apa yg ada"..X terkejut terus bagi dompet dia...dah memang tak ada rezeki X agaknya, dlm dompet tu ada RM600, abih dikebas perompak. Dah dicampaknya dompet, perompak minta lagi telefom bimbit. X kata tak ada....kemudian, perompak terus pergi dgn cepat...tak semena-mena juga kereta sebelah kereta X pun turut sama pergi...

X sempat ambil nombor plat motorsikal dan kereta...malangnya itu nombor palsu...kalau dilihat pada senario kejadian, mereka ini adalah berkumpulan...andai kata X melawan, yang dalam kereta mesti keluar buat sesuatu...lupa nak bagitau, kereta tu wira hitam...modus operandi mereka ni mudah, yg sokongan (dlm kereta) ikut berhampiran target, yg merompak terus serang, jika gagal, sokongan serang target..objektifnya rompakan mesti berjaya.

Jadi kawan-kawan, andai kata terjadi pada kita...bagi aja lah apa yang ada...asalkan kita selamat...satu lagi jgn pergi seorang diri terutama ke bank pada waktu malam..jangan lupa juga baca ayat Kursi setiap kali keluar rumah atau masuk kenderaan..moga-moga kita dilindungi...

Bukan Entry Buku

Published by yantie under on 9:40 AM
Kali ni aku stop ckp pasal Pesta Buku....bagi peluang org buat 'serangan balas'...aku teruja ni!!!..:D
Nak cirita pasal Anak Sedara aku yang pandai ngaji ni....Sabtu lepas aku balik kg, tgk Muqri dan Anis bertilawah Al-Quran untuk peringkat negeri. Muqri berjaya menjadi Juara sementara Anis Naib Juara. Muqri akan meneruskan perjuangan mewakili Negeri Terengganu di peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung Julai ini di Perak. Persilakan menjamu halwa telinga dengan alunan lunak dari Muqri dan Anis.





Syahirah yang tengah kusyuk mendengar Qari dan Qariah mengalun bacaan Al-Quran (bertahan 2 minit jeeeee...)

Dah mula menjalankan aktiviti sendiri (siap ajuk org baca Quran lagi...)

Muqri lepas abis bertilawah (muka bosan je...kekekke)

Anis lepas bertilawah

Ketupat Cinta

Published by yantie under on 5:27 PM

Ketupat Cinta (musim pertama) khatam sudah aku baca. Gambar di atas sengaja aku letak sebab kalau gambar kulit buku novel boleh tengok sendiri di blog FT, gambar ni kasi panas sikit...kekekkeke..kalau rasa2 nak buat analisis tulisan, silalah klik gambar untuk lihat lebih jelas...hahahhahaha...mula2 tak pasti kenapa FT tulis Selamat Menjamu Selera...dah baca baru faham...

Novel yang ni adalah permulaan cerita, nanti akan ada lagi sambungan. Kisah musim pertama ni menyingkap sejarah 2 zaman pemerintahan iaitu Parameswara dan Sultan Alauddin yang tiada di dalam buku teks kita dulu. Pada awalnya kisah berkisar tentan Sultan Alauddin, di mana baginda telah dibunuh oleh permaisuri sendiri, namun tidaklah diketahui apa puncanya lagi. Kemudian telah dikambing hitamkan kepada Tun Lepat (gerau==chef di raja). Kiranya Tun Lepat yang telah menceritakan segala pergolakan perebutan kuasa, mainan politik di zaman Sultan Alauddin dan Parameswara. Adapun Tun Lepat ini asalnya anak saudara kepada gerau Musa al-Kadzim iaitu chef di zaman Parameswara. Jadi Tun Lepat banyak menceritakan perihal kejadian semasa zaman Parameswara meskipun dia masih kanak-kanak. Tun Lepat ini tiadalah jua dia menceritakan sendiri kepada kita, tetapi kepada salah seorang banduan semasa dalam tahanan kerana diingatkan lagi Tun Lepat ini telah dikambing hitamkan mengatakan dia yang telah membunuh Sultan Alauddin.

Buku ini memang menggunakan bahasa Melayu Klasik yang indah. Suka aku membacanya. Di selang seli dengan jenaka2 sinis yang terkena batang hidung org2 zaman kita ni. Dalam sambil-sambil berkisah tentang politik dalaman istana, politik dapur ada diselitkan asal kejadian masakan yang kita makan sekarang seperti kuih nagasari, nasik minyak, bubur asyura dan banyak lagi. Kadang-kadang terasa mcm baca buku resepi. Kecur air liur...(awa pandainya FT ni memasak...kekekekekke)

Apa yang berlaku di zaman dahulu berulang berlaku pada zaman kita. Contohnya dari seberat-berat kes seperti pembunuhan kejam bagi mengelakkan terbongkar rahsia setelah melakukan perkara jahat demi merebut kuasa hinggalah yang paling simple seperti wujud Akademi Masakan (realiti show ni)...

Setiap cerita ada iktibar dan dakwahnya. Sama juga buku ni. Antaranya:

1. Bila kita menjamah rezeki, jgn lupa membaca doa dgn kusyuk kerana mensyukuri rezeki yang ada. Rezeki itu bukan dtg terus kepada kita tapi rami org terlibat dalam memberi kita rezeki itu. Contohnya sebutir nasi, ada petani yang bercucuk tanam padi, membajak, terus ke pemborong beras, ke kedai ada penjual, kemudian ke tukang masak yang memasaknya. Jadi mmg wajar kita mensyukuri nikmat tersebut. Bukanlah ia datang bergolek.

2. Iman yang sempurna adalah dengan beriman kepada Allah, Nabi SAW dan ahlul bait (boleh la baca buku ini utk keterangan lanjut..byk hadis diutarakan utk kita perhatikan)

3. Membuat amar mahruf nahi mungkar bukan semudah ABC. Banyak perkara perlu dilihat (dulu aku igt senang aje, tahu perkara tersebut salah perlu di halang..rupanya bukan) Mencegah mungkar perlu memenuhi beberapa syarat. Si pencegah kemungkaran perlu ada ilmu (paling minima dalam hal yang ingin ditegah). Kemudian perlu diambilkira ada kesan atau tidak. Jika perkara yang ingin dicegah tidak memberi kesan, maka gugur wajib pencegahan tersebut. Perlu juga lihat kesan kepada Islam atau tidak. Jika tiada kesan, perlu diketahui siapa yang akan terkesan terlebih dahulu. Dan ada lagi...pendek kata Islam ini perlukan kesederhanaan sampailah hal-hal mencegah kemungkaran. Perlu ada pertimbangan, bukan samborono je buat.

4. Bila memasak jgn lupa bismillah dan berselawat, semoga berkat.

5. Yang paling penting JANGAN MALU MENJADI MELAYU. Tiada Melayu itu maknanya 'melayu' tetapi sopan, penuh beradab, ada tata tertibnya..indah sungguh!!!

Byk lagi, silalah dapatkan buku ni...x rugi baca...

Ceritera ni berakhir sementara di mana Tun Lepat telah lari ke Madinah (kerana di arah oleh pakciknya yang telah difitnah dan dibunuh oleh Tun Rosjah, permaisuri Parameswara). Tun Rosjah juga telah terbunuh (mungkin balasan Allah atas kejahatan yang dia lakukan dengan membunuh alim ulamak gerau Musa al-Kadzim). Kemudian Parameswara memiliki permaisuri baru iaitu Tun Halimah (Pengetua Akademi Masakan). Tun Halimah di akhir cerita memujuk Tun Lepat kembali ke Melaka melalu surat. Jadi, tunggu sambungan nanti...pendek kata manusia kalau dah gila kuasa semua perkara haram sanggup buat..:D

Kisah cinta tak banyak sgt dalam buku ni, cuma cinta rakus banyak lah..maklumla masa tu Islam baru hendak bertapak...

Antara perumpaan yang gelihati aku bila baca:
1. Fesyen rambut kembang rosmah
2. Gelojoh nuar
3. Raden Jaya, nama manja RaJim iaitu huruf ra dan jim == RJ ala2 KJ gitu
4. Miang-miang rajoli

Rasa mcm duk di alam kesultanan melayu lama pulak bila baca buku ni...dah 3 malam aku mimpi duk di istana lama...kekekekekkeke..

Ok selamat menjamu selera, jgn lupa dptkan buku ni...

Kemaruk Buku Melanda!!!

Published by yantie under on 11:53 AM

Antara buku-buku yang berjaya aku rembat pada pesta buku tahun 2009 ini...tahun ni rasa tak puas membeli...rasa nak pergi lagi...tp dah tak sempat...hujung minggu ni pesta buku berakhir..tapi nenny dah janji nak tolong beli lg utk aku...kehkehkeh..

Kemaruk betul dgn buku sekarang ni..ke hulu ke hilir bawa sebuah buku (ye lah x kan nak bawak semua..gile ke ape??)...semua buku ni adalah yg telah lama aku usha dalam ujanailmu kecuali Ketupat Cinta...novel tu secara tak dirancang dibeli sbb ada di booth Al-Ameen...yg lain2 mmg aku target terutama siri hasil tulisan Abdul Latip Talib...overall tahun ni tak habis sebanyak tahun-tahun lepas...maybe sbb tak pergi sekali dgn nenny kot...kekekekkee...kalau dgn dia mau habis ribuan...haahaaha...chaiyyo nenny!!!


Ok ni pula buku hasil luahan dan pengalaman Dr Ang Swee Chai...tajuknya From Beirut To Jerusalem dan dalam Bahasa Ibunda, Dari Beirut Ke Jerusalem...yg aku beli pada pesta buku kali ni versi terjemahan (Dari Beirut Ke Jerusalem)...tgh duk ronda2 terjumpa buku ni..rupanya sudah diterjemah...kalau dulu, tahun 2005 (25/11/2005) aku telah beli buku ni dalam Bahasa Inggeris (From Beirut To Jerusalem) sbb mmg excited nak baca kisah sebenar dari kaca mata seorang sukarelawan (bukan Islam) yang melihat, merasai dan menjiwai sendiri keperitan dan kepedihan rakyat Palestin yang ditindas samada di rumah mahupun di hospital...bila jumpa buku ni yg diterjemah aku beli lagi sekali sebab teramat lah sukanya dengan buku ni...aku sanggup beli 2 buku yg sama (versi berbeza) kalau mmg aku suka sgt sama mcm CD ceritera Jepun...takpe berbaloi ni....sapa2 nak kongsi baca sila bagitau..aku sudi memberi pinjam...

Bacaan terkini: Ketupat Cinta...

"Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu, dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham, dan tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian" - Sayidina Ali Bin Abu Talib

Serbuan Di Pesta Buku 2009 (KLIBF09)

Published by yantie under on 10:43 AM
Last weekend aku ronda di Pesta Buku...asalnya aku gi buat keje pilih buku utk fakulti...sehari je dah siap memilih...keje tu hari jumaat...hari sabtu aku ulang serbuan...sbb x membeli lagi ni...

Hari jumaat aku sempat beli 10 buah buku je...yg lain aku just usha2...pagi2 sabtu lepas check out aku, syahirah, elly n umi sekali lagi pegi ronda...punya la ramai umat peminat buku, sampai x perlu berjalan..bergerak hasil tolakan org je...

Nak mencari novel pulak aim aku hari sabtu...naik aras 2 terus ternampak terbitan al-ameen...teringat awa ckp tlg usha tgk ada tak FT dia....aku pun ke booth al-ameen...tgk2 buku semua best2...sekali nampak banyakkkkknya buku FT...semua ada less...aku pun pilih 3 buku...ketupat cinta adalah yang terbaru...aku harap itu buku bukan bacaan berat mcm 1515...dah pilih 3 buku baru perasaan ada FT kat meja tepi booth tu...kekekekke...boleh tahan smart FT ni..patutla awa terbawa2 dlm mimpi...dia pakai baju kemeja belang2 putih biru...dah bayar aku ckp nak sign penulis...

Then FT datang..so berdialog mcm ni je la:

FT: Dari mana?
Aku: Kuantan
FT: Nama?
Aku: Yanti
FT: Mengajar ke?
Aku: Ha'ah
FT: Patut la nampak mcm gaya cikgu cikgi (hihihihi), mengajar kat mana?
Aku: Kat Universiti Malaysia Pahang (aku mmg jarang sebut UMP takut org tak kenal)
FT: ooo UMP tu ye (bagus budak ni, tahu UMP..mmg betul penulis dia ni, kekekke)
Aku: Ha'ah...
FT: Datang buat pemilihan buku ke? (aik tahu jugak dia...)
Aku: Ha'ah, dah setel semalam
FT: Ni semua buku yanti ke? (rujuk buku yg aku beli)
Aku: Ya semua (sambil perhati dia sign dan perhati cara dia menulis)
Aku: Masa belajar dulu ada kawan saya minat sgt En Faisal ni..
FT: (sambil senyum) Oooo dia tak dtg ke?
Aku: Belum, next weekend kot..
FT: oooooo (senyum lagi)
Aku: Terima kasih (sambil ambik buku yg telah disign)

Utk awa, apa yg aku perhati...di jari FT ada 3 cincin Nikel/Platinum (aku tak reti menilai material)...dipakai pada jari kelingking dan manis sebelah kanan...kekekkekekeke..tu je la yg aku boleh describe...takde nampak mcm cincin tunang seme mcm cincin rockkk...:D

Aku belum amik lagi gambar2 buku yg aku beli plus gambar sign FT ni...tak sempat semalam sampai dah penat sgt...tapi buku Ketupat Cinta tu mmg best...terkekek-kekek aku sambil baca...cuteee..